whos follow me

CHEREKA

Showing posts with label foodies. Show all posts
Showing posts with label foodies. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

BISKUT RAYA

LIEYA MULA MENULIS--------> aku dah pandai buat biskut almond london dan ferrero rocher. ..nge~~~

selamat petang semua.
aku nak ceritakan pasal biskut pulak kali ini.
semalam aku dan makcik mun, mama mentua maksuku
telah berjaya menyiapkan 200 biji biskut almond london dan 200 biji biskut ferrero rocher.
sedap kot
aku pun tak mau rase lg.
tunggu bawak balik rumah dulu.
 selain itu,biskut pelangi juga telah selamat dihasilkan.
resepinya sangat senang.
korang boleh search dalam internet saje.
(malas nak tulis resepi hari ini)
huhu
inilah beberapa gambar yang telah sempat aku snap.
sikit sahaja gambarnya coz aku perlu fokus utk buat biskut tu..

sediakan cup2 dulu ea..

biskut ferrero after baked

 dibungkus dengan rapi utk dibawa balik pahang
almond london yg telah disejukkan

nyum-nyum

biskut pelangi yang sangat simple
AKU SANGAT SUKE MAKANAN-MAKANAN PENCUCI MULUT NI..
lihatlah ini..: huhu

























p/s : i love makan..


Monday, August 1, 2011

PUDING SPECIAL


PELBAGAI CITARASA PUDING
Ai 2 ol… Selamat menyambut ramadhan yang penuh barakah ini. Semalam dapat buku resepi mak mertua maksu. Macam-macam jenis resepi dalam tu. Jadi, aku pun ambil la kesempatan ini untuk dicopy ke dalam blog kesayangan aku ni. =)
Untuk resepi kali ini,aku memperkenalkan pelbagai jenis pudding yang sememangnya sangat senang.

SMOOTIE STRAWBERI
BAHAN-BAHAN :
-15 biji buah strawberi segar
-1 cawan kecil yogurt (140ml)
-1 cawan susu cair
-1 cawan ais
-1/2 cawan air
CARA MEMBUAT :
1)      Bersihkan strawberi.
2)      Masukkan semua bahan ke dalam pengisar
3)      Kisarkan sehingga halus
4)      Tuangkan ke dalam gelas hidangan
5)      Hiaskan dengan whipping cream dan hidangkan.



PUDING SEKELIP MATA
BAHAN-BAHAN:
-1 mangkuk kecil pudding mangga
-20 biji agar-agar sumi
-1 tin susu cair ( 400 ml)
-1 liter jus oren
-2 cawan yogurt perisa mangga
CARA MEMBUAT :
1)      Keluarkan pudding mangga dan agar-agar sumi daripada bekasnya
2)      Susunkan di dalam mangkuk hidang
3)      Di dalam mangkuk lain, campurkan susu cair, yogurt dan jus oren. Kacau rata
4)      Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi pudding dan agar-agar
5)      Sejuk dan hidangkan




PUDING SAGU
BAHAN-BAHAN :
A (SAGU)
-          2 cawan sagu mata ikan
-          5 cawan air
-          1 sudu  pewarna hijau
-          1 tin susu cair (400ml)
-          1 tin buah-buahan koktel

B (AIR GULA)
-          1 cawan gula merah
-          ½ cawan gula pasir
-          1 cawan air
CARA MEMBUAT :
1)      Didihkan air masukkan sagu dan pewarna hijau. Kacau sehingga sagu masak.
2)      Masukkan sagu ke dalam acuan kecil. Kemudian sejukkkan.
3)      Masakkan semua bahan B sehingga mendidih dan sedikit pekat.
4)      Keluarkan sagu dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.
5)      Tuangkan susu cair.
6)      Hiaskan dengan buah-buahan koktel. Sejukkan di dalam peti sejuk.
7)      Tuangkan air gula merah dan hidangkan.






PUDING ROTI KARAMEL
BAHAN-BAHAN :
A( KARAMEL)
-          ½ cawan gula
-          ½ cawan air

B ( PUDING)
-          1O keping roti dikoyakkan
-          1 tin susu cair (400ml)
-          1 cawan air
-          1 tin buah pic (dalam tin)
-          2 biji telur
-          ½ cawan gula halus
-          1 sudu teh esen vanilla
-          2 sudu makan tepung kastard
-          Buah pic sebagai hiasan
CARA MEMBUAT :
1)      Masakkan gula di dalam kuali.
2)      Apabila gula kekuningan, masukkan air dan kacau sehingga air gula mendidih dan larut.
3)      Tuangkan caramel ke dalam Loyang. Ketepikan.
4)      Kemudian gaul smeua bahan B hingg rata di dalam mangkuk besar.
5)      Panaskan kukusan sehingga mendidih.
6)      Masukkan bancuhan ke dalam Loyang yang ada caramel tadi.
7)      Kukuskan selama 30-40 minit.
8)      Sejukkan dan terbalikkan perlahan-lahan ke dalam pinggan besar.
9)      Susunkan buah pic. Sedia dihidang.



LAGI MAKANAN YANG PASTI SEDAP


KEK PANDAN KELAPA
Bahan-bahan :
-270 g mentega
-230 g gula kastor
-5 butir telur
-60 ml santan
-sedikit perasa pandan
-240 g tepung gandum
-25 g tepung kastard
-30 g kelapa kering
-1 sudu teh serbuk penaik
Cara membuat :
1)      Putar mentega bersama gula kastor hingga kembang.
2)      Masukkan telur, santan dan perasa pandan. Putar hingga sebati.
3)      Kemudian, campurkan tepung gandum, kastard, kelapa kering dan serbuk penaik. Putar lagi hingga rata.
4)      Tuang ke dalam acuan dan bakar pada suhu 175 selama 50 minit. Hias ikut citarasa.

KOISIMI
Bahan-bahan :
-1/2 bungkus mi kuning digoreng.
-1/2 sudu stok ayam.
-sayur campur.
-1/4 bawang besar dihiris.
-2 ulas bawang putih dikisar.
-1 sudu sos tiram.
-1 sudu taucu.
-sedikit lada sulah, sos tiram, tepung ubi kentang, garam, gula dan serbuk  perasa.
Cara membuat :
1)      Tumis bawang besar dan bawang putih barsama taucu.
2)      Apabila naik bau, masukkan stok ayam, sayur campur dan sedikit air.
3)      Kemudian, masukkan sos tiram, lada sulah, garam, gula dan serbuk perasa.
4)      Masukkan tepung ubi dan tuang di atas mee.


KUETIAU LADNA
Bahan-bahan :
-1/2 bungkus kuetiau
-1/4 ayam dipotong nipis-nipis.
-5 ekor udang
-sayur campur
-1 butir telur
-2 ulas bawang putih dikisar
-1/2 inci halia dikisar
-1/2 sudu sos tiram
-1 sudu stok ayam
-air secukupnya
-sedikit garam, lada sulah, gula dan tepung kanji.
Cara membuat :
1)      Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2)      Masukkan ayam, udang, sayur campur dan air secukupnya.
3)      Kemudian, masukkan sos tiram, stok ayam, lada sulah, garam dan gula. Gaul rata dan biar sehingga masak barulah masukkan kuetiau.
4)       Sebelum menghidang, taburkan sedikit tepung dan telur yang telah digoreng dan dipotong kecil-kecil diatasnya.

MEE DAGING KAMBING
Bahn-bahan 
-1/2 bungkus mee
-100 g daging kambing direbus
-sayur campur
-1/4 bawang besar dihiris
-2 ulas bawang putih dikisar
-1/2 inci halia dikisar
-sedikit garam, gula, lada sulah, stok ayam, tepung ubi kentang dan serbuk perasa.
Cara membuat :
1)      Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2)      Kemudian, masukkan daging, sayur campur dan serbuk perasa.
3)      Gaul rata bersama stok ayam, lada sulah, garam dan gula.
4)      Apabila mendidih, masukkan mee dan pekatkan dengan tepung ubi kayu.


RESEPI IKAN MASAK TIGA RASA
Bahan-bahan :
-bawang merah
-bawang putih
-halia
-sos tiram
-sos tomato
-sos cili
-asam jawa
-gula
-garam
-ajinomoto

Untuk hiasan :
-salad
-tomato
-lada merah

Cara penyediaan :
1)      Bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih dan halia ditumis bersama. Selepas itu, masukkan sos-sos dan air asam jawa sehingga naik minyak.
2)      Setelah semua bahan yang ditumis tadi berbau harum, masukkan bahan-bahan perasa secukupnya.
3)      Sedia dihidang bersama ikan yang telah siap dogoreng.
4)      Untuk menarik perhatian, hiaskan dengan salad, lada merah dan tomato. Sedia untuk dimakan.

SALAD UDANG DAN MANGGA
Bahan-bahan :
-1 biji mangga dihiris
-8 ekor udang
-1 cawan mayonis
-2 sudu besar cuka
-1 biji timun ( dihiris )
-2 sudu besar rempah beriani
-2 sudu besar jus limau
-2 sudu teh madu
-2 sudu besar minyak zaitun
-1 sudu besar biji sawi
-daun ketumbar
-daun salad
Cara membuat :
1)      Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak.
2)      Gaulkan mayonis, madu dan jus limau, biji sawi, dan cuka sehingga sebati. Susun daun salad, mangga, timun, rempah beriani dan udang yang telah digoreng. Tuangkan campuran sos dan hiaskan dengan daun ketumbar.

SANDWICH RENDANG BAKAR
Bahan-bahan :
-1 keping roti  Lebanese
-5 keping ayam bakar
-1 sudu makan pes rending
-10 g bawang besar dihiris
-10 g tomato dihiris
-10 g timun dihiris
-1 helai daun salad
-sedikit mayonis
Cara membuat :
1)      Sapukan mayonis pada roti. Susun daun salad, bawang, tomato dan timun di atasnya.
2)      Campurkan pes rending dengan ayam bakar dan letakkan di atas roti.
3)      Gulung roti dan bakar hingga masak. Hidang bersama salad dan kentang.

SIRA NANAS TRADISIONAL
Bahan-bahan :
-1 biji nanas yang sudah masak
-gula
Cara penyediaan :
1)      Hiris nanas secara nipis-nipis. Rebuskan sehingga mendidih bersama air sejuk.
2)      Toskan air rebusan nanas tadi. Lalu,masukkan ke dalam bekas periuk lain (nanas itu).
3)      Masukkan air dan gula secukupnya. Tunggu sehingga mendidih. Sedia dihidang. =)

P/S : selamat mencuba..
























Wednesday, July 27, 2011

TOM YAM GORENG


TOM YAM GORENG
Bahan-bahan A :
-100 g udang
-100 g sotong
-100 g daging ayam
-100 g bebola ikan
-sayur campur
Bahan-bahan B :
-3 batang serai ditumbuk
-3 keping lengkuas
-4 helai daun limau
-1 biji limau nipis
-1 sudu makan cili kisar
-1 sudu makan pes tom yam
-sedikit cili padi
-serbuk perasa dan santan atau susu
Cara membuat :
1)      Didihkan air, masukkan bahan A  dan kacau sebati.
Kemudian, masukkan serai, lengkuas, perahan limau nipis, daun limau, cili kisar, cili padi dan pes tom yam.
2)      Akhir sekali, masukkan sedikit santan atau susu penambah selera bersama serbuk perasa secukupnya.

Monday, July 25, 2011

KEK LAPIS KACANG MERAH


Bahan –bahan :
-250 g aduanan tepung span
-4 butir telur
-50 ml air
-1 sudu the emulsi kek
-80 g mentega kacang
-1/2 tin kacang merah ( bahagi dua )
-sedikit serbuk penaik, pewarna merah dan mentega kacang
 Cara membuat :
1)      Putar kacang merah bersama mentega kacang dan pewarna merah.
2)      Masukkan tepung, telur, air, emulsi kek dan serbuk penaik kemudian diputar selama 5 minit sehingga sebati.
3)      Masukkan mentega cair dan putar sehingga rata.
4)      Tuangkan adunan ke dalam dulang dan taburkan sebahagian lagi kacang merah diatasnya.
5)      Setelah masak, biarkan sejuk. Potong memanjang dan sapukan setiap lapisan dengan mentega kacang.


KEK KEJU PARMESAN


Bahan-bahan :
-250 g mentega
-230 g gula kastor
-4 biji telur
-80 g keju parmesan
-100 ml susu
-280 g tepung gandum
-1 sudu serbuk penaik
Cara membuat :
1)       Putar mentega bersama gula kastor hingga kembang.
2)      Masukkan telur dan pukul lagi.
3)      Kemudian, masukkan keju parmesan dan gaul sebati.
4)      Masukkan pula susu, tepung dan serbuk penaik kemudian dipukul hingga rata.
5)      Masukkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180 selama 45 minit. Hias ikut citarasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...