whos follow me

CHEREKA

Monday, May 30, 2011

takdir

CERPEN PERTAMA AKU.. HARAP-HARAPLA SEDAP...

SINOPSIS :
Siti mencari erti cinta sejati. Kisah lamanya bersama Tengku Daniel seakan mengejari hidupnya tiap masa. Sungguh hatinya pernah menyayangi insan tersebut. Namun,semuanya bagai terhenti kerana anak Dato’ Shariman itu akan pergi dari hidup Siti. Persahabatan mereka selama 5 tahun bagai tiada makna bagi Daniel. Sungguh Siti kecewa dengan sikap Daniel.
Siti melangkah kehadapan apabila dia diterima memasuki Universiti Putra Malaysia dalam Pendidikan Sains Sukan. didalam Apakah kesudahan Siti dan Tengku Daniel? Bagaimanakah pula kisah cinta Zarith Adam? Nantikannya didalam cerpen pertama saya, “TAKDIR”
BABAK SATU
            Seorang gadis berlari-lari melangkah masuk ke dalam bilik tutorial 1 Sukan 2. “Terlambat lagi…” desis hati kecilnya. Semua orang mengeluh perlahan. Sudah dapat diagak perangai gadis lincah ini yang tak pernah berubah sejak di bangku sekolah lagi. Hanna yang sudah kenal dia hampir 10 tahun ini menggeleng kepala.
            “ Korang dah belajar sampai mana haa?” bisik Siti kat telinga salah seorang rakannya. Professor Azam menyedari tingkah laku Siti tapi dia tidak memarahinya kerana dia tahu perkara sebenar yang terjadi pada Siti. Sebelum ini, Siti sudah pun memaklumkan bahawa dia akan lewat masuk ke kelas setiap petang kerana dia mengambil kerja part time untuk menampung perbelanjaannya di sini. Tetapi,pelajar lain tidak mengetahui. Dia hanya mahu Hanna sahaja mengetahui.
Setiap hari bermula 1.00 petang Siti akan ke kedai menjual bunga yang berhampiran kampusnya. Hanya itu yang dia mampu lakukan untuk menampung kehidupannya. Ibubapanya sudah tiada.hanya abangnya,Halim seorang menjadi tempat perlindungannya. Tapi Halim sendiri sudah ada kehidupannya sendiri. Dia tak mahu menyusahkan lagi abangnya. Berbekalkan pinjaman PTPTN ditambah gajinya,dia berjaya menampung kehidupannya di bandar ini. Sudah 2 semester dia tinggal di kampus ini. Dia sangat gembira dengan kehidupan sekarang.
            “Hanna,malam ni kita tengok wayang nak tak? Aku belanja kau. Aku baru dapat gaji hari ini. Huhu .” Gembira betul Siti malam tu.
            “Alah,Siti. Kau simpanlah duit kau tu untuk diri kau  jugak. Tiap-tiap bulan bila kau dapat gaji kau belanja aku. Seganlah aku.” Hanna bercakap sambil makan potato chips yang sentiasa menjadi pujaan hatinya. Patutlah badan pun makin lama makin membesar.
            “ Elleh,mengada la kau ni. Emm,aku ikhlas la. Aku bosan. Kerja semua dah siap.assignment pun dah siap,esok kita takde kelas, takde kuliah,aku cuti kerja. Jadi…??” Siti bercakap sambil memandang Hanna dengan perasaan merayu dan dibuat-buat mukanya. Sungguh comel Siti. Hanna sentiasa mengakuinya. Sehingga dia juga kadang-kadang mencemburui sahabatnya itu.
            “ herm.. baiklah wahai puteriku intan payung.” Hanna bangun bersiap-siap. Dia tahu Siti akan ke pawagam hanya dengan baby t-shirtnya dan seluar jeansnya. Siti tak pernah berfesyen-fesyen selama Hanna mengenalinya. Baginya itulah Siti yang sebenar.
Malam itu malam mereka. Selesai menonton wayang “Ngangkung” yang mendapat  pujian tidak rasmi daripada pihak Siti Danisha Abdul Malik. Nama yang begitu indah,seindah pemiliknya. Malam itu Siti betul-betul bergembira. Hilang segala masalahnya yang tiba-tiba berkunjung hari ini. Dalam perjalanan pulang,masing-masing terdiam. Siti teringat akan kejadian siang tadi di tempat kerjanya.

Siti bersiul-siul kecil sambil menyusun bunga-bunga segar yang mekar mengharum. Siti sangat menyukai bunga sejak dilahirkan. Mungkin dia mewarisi sifat arwah ibunya yang bertemu cinta dengan  arwah ayahnya kerana bunga. Indah sangat perkenalan arwah ibubapanya. Mereka meninggalkan Siti dan Halim semasa Siti berusia 12 tahun. Saat dia masih memerlukan kasih sayang tapi takdir telah menentukan semuanya untuk Siti. Dan ketika inilah,Siti bertemu Hanna. Kini,10 tahun telah berlalu. Siti dan Hanna masih bersama.
 Loceng kedai berbunyi,maknamya ada pelanggan. Siti cepat-cepat melayan pelanggannya.
            “ Encik nak bunga apa? Disini kami semua ada jenis bunga segar. Encik cakap aje bunga apa. Insyaallah kami ada. Bunga kami disini semuanya segar-segar,tapi kalau Encik nak bunga plastik pun ada” petah Siti melayan.
“…”
Suasana sunyi. Siti perasan kan sesuatu. Pelanggan itu hanya memandangnya. Siti pelik. Namun,selepas beberapa saat. Siti terkejut dan mengundurkan diri. Dia kenal siapakah gerangan lelaki yang kini terpacak di depannya.
Sekali lagi keadaan sunyi sepi.
            “ OIt!” Suara Hanna tiba-tiba memberhentikan lamunan Siti.
            “ Kita dah sampai rumah kita. Turunlah,takkan kau nak aku dukung kau? Dah,dah. Bangunlah.”
Hanna mengejutkan tidur Siti. Dia sendiri tak tahu. Tadi dia tidur atau berlamun. Tapi yang dia pasti wajah Tengku Daniel tadi berada dalam kotak mindanya.
            “ Yelah” Siti bangun keluar dari kereta Hanna.
JUMAAT 11/FEBRUARI/2011
Satu lagi malam yang akan mengganggu tidurku. Aku tak pasti kenapa dia harus muncul saat aku dah mula lupakan dia? Kenapa? Aku tak patut mengalirkan lagi air mataku untuknya. Namun,apakan daya.  Tapi pandangan dia siang tadi betul-betul sayu. Betulkah tu dia? Dia macam mahu menjelaskan sesuatu tetapi.. Ahh,Siti.
            Siti selesai melepaskan geramnya pada diarinya. Hanya iut yang dia mampu lakukan untuk dirinya. Mahu menangis didepan Hanna,sahabatnya itu sudah lena dibuai mimpi. Jam sudah pukul 2.00 pagi tapi mata Siti masih belum mahu terpejam. Yang dia mampu lakukan menangis dan menangis.
BABAK DUA
2 TAHUN YANG LALU…
Nama Tengku Daniel selalu bermain di mulut Siti. Benar-benar dah angau ni. Hanna hanya mampu tersenyum melihat keletah gadis comel ini.
            “Dia bagi aku bunga. Dia tahu aku suka bunga. Huhu. “ bahagia betul Siti.
Perkenalan Daniel dan Siti sudah menginjak 5 tahun. Dan selama itu juga masing-masing menyimpan perasaan. Tapi masing-masing taknak mengaku. Lagipula Siti tidak pernah bercinta selama 20 tahun dia hidup. Jadi apa cinta? Siti pun tidak tahu.
Mungkin Daniel tahu maksud cinta kerana selama perkenalan dia dengan Siti,sudah 10 kali juga dia putus cinta. Siti pernah terasa cemburu,tapi cepat-cepat dia buang perasaan itu kerana bagi dia persahabatan dia dengan Daniel lebih bermakna baginya.
Sedar tak sedar,masing-masing akan berpisah. Selepas tamat STPM masing-masing akan membawa haluan hidup masing-masign. Siti takut memikirkannya. Bagaimana dia dengan Daniel? Daniel anak orang berada. Aku hanya orang miskin. Mesti dia akan lupakan aku. Aku bukan siapa-siapa pun dalam hatinya. Tapi-tapi.. Daniel sendiri cakap aku sahabt sejati dia. Sahabat selamanya.
Siti masih berkira-kira lagi dengan bermacam-macam soalan yang sengaja dibuatnya. Tanpa disedari air matanya mengalir. Dia hanya termenung di taman bunga di sekolahnya. Tempat ini sentiasa menjadi temannya. Tiapkali Hanna tiada disisi,bunga menjadi tempatnya mengadu. Dia rasa sangat takut akan berpisah dengan Daniel.
            “ Oit! Kenapa kau menangis ni?” Daniel menyapanya. Dari tadi dia mencari Siti,dia benar-benar perlu berjumpa Siti. Ada hal pentig yang dia ingin Siti tahu.
            “ Haa? Daniel? Tak ada apa-apa. Aku teringat mak dan ayah aku” pandai Siti berdalih.
Pandangan Daniel betul-betul bertaut pada wajah redup Siti. Cantiknya dia. Ngomel hati Daniel.
            “Kenapa?”
            “Ahh…haa. Alah,aku terlupa la pulak. Kau nilah,comel sangat. Aku pandang kau, aku terus terlupa apa aku nak bagitahu ni..” Daniel mengaru-garu kepalanya yang tak gatal.
            “ Kau tipu…..” Siti memandang wajah idaman gadis Malaya ni. Herm,handsome jugak. Hihihi. Siti tergelak dalam hati.
            “ Kau tipu aku kan? Kau takkan bercakap sambil bergaru kepala kau yang tak gatal tu,melainkan kau tipu aku. Betul tak?” ternyata Siti sangat mengenali Daniel.
            “Betullah sahabatku yang tercomel oi..Dahlah,jom masuk kelas aku dah dengar dayang kau bising tercari-cari kau tadi. Jom.jom” Daniel berjalan meninggalkan Siti di belakang.
Sejak dari hari itu,Siti sudah tak pernah berjumpa Daniel. Hatinya betul-betul kecewa dengan sikap Daniel. Nombor handphone pun Daniel tukar tanpa memberitahu Siti. Sampaikan Siti ke rumah Daniel tapi rumah banglonya juga sudah tudak berpenghuni. Sampai hati Daniel pindah ke pindah tanpa memberitahu  aku? Setiap hari Siti akan menangis seolah-olah kehilangan Daniel buat selamanya. Hanna pun tidak tahan dengan perubahan Siti tapi dia tahu Siti gadis yang kuat. Dia akan bangun. Dia tidak akan putus asa dalam hidupnya. Dan semuanya terbukti apabila masing-masing mendapat  tawaran ke universiti yang sama. Bidang pengajian yang sama. Mereka benar-benar bersyukur.
Hari ini bermula semula hari-hari biasa bagi Siti. Semenjak pertemuan dia dengan Daniel tempoh hari,dia tidak pernah lagi bertemu Daniel selepas itu. Fikirnya,mungkin Daniel sudah tidak mengenalinya lagi. Lagipula,Siti sekarang berbeza dengan Siti 2 tahun yang lalu. Dahulu, Siti gadis anggun,dengan rambut panjangnya. Kini,rambut pendek sentiasa menjadi pilihannya.
Petang itu,Siti akan terus pulang ke rumah sewanya sesudah tamat waktu kerjanya. Hari ini kuliahnya dibatalkan jadi Siti mahu lama sedikit di kedainya. Sedar-sedar jam sudah 6 petang dan keadaan tiba-tiba hujan.
Aduh,sudah. Aku dah la terlupa bawa payung ni? Macammane ni? Teksi mesti tak ada ni. Nak tak nak,Siti meredah hujan lebat. 20 mini selepas itu baru dia sampai di rumah. Basah kuyup dah badan dia. Hanna terkejut melihat keadaan Siti.
            “Weh,kenapa ni? Dah tahu hujan,janganlah redah hujan tu.” Marah Hanna. Dia tak mahu apa-apa terjadi pada sahabat kesayangannya ini.
            “ Alah,hujan je lah sayang. Dah,dah jangan jadi nenek. Aku sejuk.” Siti berlari-lari masuk ke bilik air. Aaaaa shem!! Sudah selesema aku.
Malam itu,Siti benar-benar rasa panas badan tapi dia tak ambil kisah sangat. Mungkin selesema biasa.
Keesokannya,kelas Hanna bermula lebih awal daripada Siti jadi dia tidak tahu apa yang berlaku pada Siti kini. Siti sudah dapat demam. Sampai tidak berdaya dia bangun. Tapi dia tiba-tiba teringat hari ini ada ujian. Digagahkan juga dirinya.
BABAK TIGA
Siti terasa kepalanya betul-betul berat. Dia terasa  sedikit lega kerana ujuan sudah selesai dan kini dia menuju ke tempat kerjanya. Mukanya sangat merah menandakan dia sangat sakit tapi otaknya masih mahu dia terus bekerja.
Selepas beberapa minit dia masuk kerja,sudah ada pelanggan. Dan pelanggannya kali ini,Daniel lagi.
            “ Siti,muka kau nampak merah sangat. Kau tak sihat ke?” tidak disangka ayat itu yang akan diucap Daniel. Siti tidak percaya Daniel di depannya. Siti hanya memandang Daniel dengan terkejut. Macam mana dia cam aku? Maknanya selama ini dia memang sudah tahu aku bekerja disini? Siti masih membisu.   
            “ aku banyak benda nak bagitahu kat kau…”
            “ apa? Kau kenal aku lagi ke? Aku ingatkan kau dah lupakan kau? Sahabat konon…” belum sempat Daniel menghabiskan ayat Siti sudah memotong. Siti buat tak endah Daniel di hadapannya. Dia ingin membuat kerjanya yang lain.
            “ Siti Danisha,dengar cakap aku dulu. Kau ni.” Daniel mampir ke Siti. Dia betul-betul dapat melihat dahi Siti yang berpeluh. Daniel pelik,bukankah kedai ini berhawa dingin? Muka Siti juga dilihat sangat merah. Dia sangat tahu Siti hanya akan jadi begini bila dia demam. Tanpa disuruh dia merasa dahi Siti dengan tangannya. Terkejut siti,mujur bosnya ada di belakang kalau tak..
            “oit.kenapa sentuh-sentuh aku ni?” Siti bersuara lantang. Daniel bersikap professional,dia hanya diam.
Siti terus berjalan-jalan tidak mempedulikan Daniel. Tapi dia tiba-tiba terasa pening. Kenapa dengan aku ni? Siti mula terasa dunianya berpusing. Dia terus berjalan mencari kerusi tetapi belum sempat…dia rebah. Mujur ada Daniel sempat memaut badannya.
DI HOSPITAL.
Siti sudah terjaga. Dia terlihat tangannya digenggam Daniel yang sedang nyenyak tidur. Dia tidak melepaskannya sebaliknya dipejam semula matanya. Kalau boleh dia mahu begini selamanya. Biarlah Daniel akan menjaga aku selamanya. Tapi cepat-cepat dia menarik tangannya seakan menyedari apa yang benar-benar berlaku sehingga membuatkan Daniel terjaga.
            “ Siti. Kau dah bangun?” perlahan Daniel berbisik.
Siti hanya mengangguk. Dia benar-benar lemah untuk berkata-kata. Daniel menerangkan semua yang berlaku siang tadi. Dia tak percaya dia sudah pengsan selama 4 jam dan selama itu Daniel menemaninya. Dia teringat akan Hanna.
            “Daniel,Hanna…” begitu payah Siti bersuara. Siti sungguh sakit. Daniel sekadar mengangguk. Dia sudah pun memberitahu Hanna. Kerana Hanna jugalah yang menyebabkan dia berjaya mencari Siti semula.
            “Siti,berikan aku peluang. Aku akan menjelaskan segalanya pada kau. Aku ada sebab kenapa aku buat kau macam ini.” Daniel masih menggenggam erat tangan Siti. Entah kenapa dia tidak ingin melepaskan tangan gadis kecil molek dihadapannya ini. Siti ingin menarik tangannya tapi tak berdaya. Dia hanya mampu menangis. Sungguh berat dugaan yang dihadapinya. Sayang dia pada jejaka ini bertukar cinta yang akhirnya memakan diri sendiri. Daniel juga semakin memahami perasaannya terhadap gadis dihadapnnya selama ini. Cuma dia tidk diberikan peluang.  Cuma dia merasakn dia tidak diberikan peluang. Dia tidak mengetahui perasaan Siti yang sebenar.
            “ Sayang..” Daniel sudah tidak mampu melawan perasaannya. Dia mahu Siti mengetahui semuanya malam ini juga. Tapi kelihatan Siti sudah tidur semula. Mungkin terlalu penat,membuatkan dia tidak dapat meneruskan hasratnya.  Daniel sempat tersenyum. Betapa dia tidak akn menyangka akan bertemu semula dengan gadis idamannya ini semenjak 8 tahun yang lalu.
Siti Danisha,gadis yang diminatinya di dalam diam. Dia sebenarnya berpeluang untuk melafazkan cintanya kepada Siti sejak hari pertama lagi. Namun,dia terasa akan menyakitkan Siti sahaja kerana sikapnya yang sememangnya kaki perempuan. Dia tidak mahu melihat orang tersayangnya terluka dengan cara begitu. Oleh kerana itu,dia mengambil langkah lain. Dengan menjadi sahabatnya. Mujur Siti sudi. Sejak detik perkenalan itulah,makin lama cinta Tengku Daniel terhadap Siti Danisha semakin mekar. Tanpa dia mengetahui,gadis dambaannya tersebut turut menyukainya dalam diam.
            “Daniel,kenapa kau tinggalkan aku?” Lamunan Daniel terhenti tatkala mendengar rintihan Siti. Dilihatnya jam baru menujukkan 3.00 pagi. Dia melihat Siti menangis dalam tidur. Mengigau lah ni. Getus hati Daniel. Dia terseksa melihat Siti dalam keadaan begitu. Hatinya turut tersentuh.
            “Daniel,aku sukakan kau.” Terkejut Daniel mendengar lafaz yang terkeluar daripada mulut Siti. Tapi mata Siti masih tertutup rapat. Peluh membasahi dahinya. Daniel merasa dahi Siti. Panas lagi. Lagi panas dari masa dia  tersedar petang tadi. Daniel kurang senang.
            “Siti,bangun Siti.” Daniel tidak mahu Siti berterusan dalam keadaan begini. Tubuh Siti digoncang kuat.
Lama kemudian,barulah Siti tersedar. Dia memandang Daniel tanpa kata-kata. Memandang keadaan sekeliling seperti mencari saesuatu.
            “ Kau ada dekat hospital sekarang. Kau demam. Meh,bangun. Minum air ni dulu” Lembut perintah Daniel. Siti hanya menurut. Terasa kepalanya sangat berat tetapi digagahkannya juga.
            “ Daniel.” Perlahan suara Siti memanggil Daniel. Dia memandang Daniel dalam kesuraman pagi. Daniel menyedarinya. Dia membalas pandangan Siti. Lantas kedua-duanya segera berpaling. Mungkin malu. Siti kembali baring. Dia mahu menangis lagi.
            “Shh. Apa ni? Tak malu ke menangis depan aku? Kau ni,tak ketawa kau mesti menangis. Perangai tak pernah berubah” Daniel bergurau sambil tersenyum ke arah Siti. Siti membalas senyumannya.
Dia sememangnya cantik. Kalau lah aku boleh memeluknya saat ini. Astaghfirullahhalazim . Seperti baru tersedar.  Lantas dia meraup mukanya tanda terlanjur memikirkannya.
            “ Tidurlah Siti. Kau akan keluar dari wad ini esok,kalau keadaan kau bertambah sihat. Jadi,tidur sekarang” arah Daniel.
            “ Kau pun mesti tidur tau. Esok aku nak kau jelaskan semuanya apa yang berlaku pada kau selama 2 tahun ini. Janji?” Siti semakin bersemangat. Mungkin tidak diendahkan panasnya yang semakin menjadi-jadi  sebenarnya.
            “ Ye Tuan Puteri Siti”. Masing-masing tersenyum.
Pagi kian tiba. Wad 1001 gempar apabila Siti pengsan sekali lagi di dalam tidur. Demamnya tidak kebah seperti yang disangka. Orang yang paling risau tentulah Daniel yang telah menjaganya seharian. Pagi itu pagi Sabtu. Hanna segera datang melawat Siti. Tetapi dia hanya diberi kebenaran melihat dari luar kerana doktor belum beri keizinan kepada sesiapa untuk datang melawatnya. Dilihat Daniel di sudut luar pintu. Hanna mendekatinya.
            “Daniel,kau baliklah dulu. Pergi makan,mandi. Tentu keluarga kau pun risau kau tak balik malam tadi kan? Biarlah aku jaga Siti dulu.” Hanna memujuk Daniel yang kelihatan tidak bermaya.
            “Tapi Hanna,Siti belum sedar”
            “Ye,aku tahu tapi kalau dia dah sedar takkan kau nak dia lihat kau dalam keadaan macam ini?”
            “Baiklah.” Daniel mengalah juga akhirnya.
BABAK EMPAT
Daniel sampai di rumah banglo milik keluarganya. Dilihat Datin Suraya sedang sibuk berbual dengan pembantu rumahnya. Setelah melihat kelibat anak tunggalnya itu,Datin Suraya segera mendapatkannya.
            “Mana kau pergi,nak? Kau tidur kat mana malam tadi?” Datin Suraya mengusap-ngusap rambut anaknya yang kini berada di depannya.
            “Tengku tidur kat hospital.” Daniel berterus-terang. Dia tidak pernah berbohong pada emaknya. Bahkan perasaannya terhadap Siti juga menjadi rahsia bersama mamanya ini. Datin Suraya kelihatan agak terkejut. Daniel segera menjelaskan.
            “ Bukan Tengku lah mama. Siti,ma. Dia demam. Tapi Tengku pelik,demamnya lain. Tenat sangat Tengku tengok. Tengku risau,ma” sayu pandangan anak teruna Dato’ Shariman dan Datin Suraya ini. Hampir menangis Daniel saat itu. Dipeluk mamanya. Datin Suraya hanya diam mendengar masalah anaknya. Sudah lama benar anaknya ini memendam perasaan terhadap gadis itu. Semenjak mereka berpindah dari Kampung Sri Menanti 2 tahun yang lalu,Daniel kelihatan tidak riang seperti dahulu. Dato’ dan Datin menyedari keaadaan tersebut tapi apakan daya,mereka berpindah kerana desakan kerja papanya ketika itu.
            “Ma,Daniel nak makan. Nak mandi. Lepas tu kita pergi tengok Siti ye ma?” rintih Daniel. Datin Suraya mengangguk perlahan.
Di hospital Siti masih belum sedar. Hanna berjumpa doktor yang melawatnya.
            “Sebenarnya doktor,apa masalah kawan saya?”
            “Saya perlu berjumpa keluarga terdekatnya dahulu” doktor itu kelihatan agak risau. Hanna sudah mula risau. Segera dia teringat akan Abang Halim si Siti. Dia mencari nombor Halim di dalm hadphone Siti. Got it!
            “ Ya Allah,terima kasih Hanna. Nanti Abang Halim dengan Kak Zie datang.” Benar-benar risau Halim.
Dari Kampung Sri Sentosa ke Bandar Serdang hanya mengambil masa 1 jam. Halim memandu dengan keadaan laju. Risau Zizie melihat suaminya.
            “Perlahanlah abang. Laju sangat ni” Halim sekadar bisu. Dalam hatinya hanya memikirkan Siti. Satu-satunya adik dan keluarganya. Belum sempat Halim memperlahankan sedikit kenderaannya. Tiba-tiba muncul lori balak dari tepi keretanya.
            “Abang!!!!!!!!”
Siti tersedar dari pengsannya. Doktor yang menjaganya ketika itu tersenyum. Akhirnya bangun juga pesakitnya ini.
            “Cik dah sedar ye. Saya nak menjalankan pemeriksaan pada awak.” Doktor itu menjalankan tugasnya dengan penuh cermat.
            “Doktor,saya boleh keluar kan hari ini?” Siti meraba-raba kepalanya. Terasa bahang kepanasan dari demamnya.
            “ Tak boleh,cik. Saya perlu memastikan cik betul-betul sihat baru cik boleh keluar.” Lembut suara Doktor Lina memujuk pesakitnya.
            “ Tapi saya bukan demam teruk pun doktor.” Siti masih belum mahu mengalah. Doktor Lina hanya diam.
Telefon Siti di tangan Hanna bordering. Nama Halim terpapar di skrin.     
            “ Hello?” Tapi ini bukan suara Halim. Hanna tiba-tiba rasa tidak sedap hati. Dan tekaanya betul. Dia terkejut dengan berita kematian Halim. Dia mati di tempat kejadian. Hanna memandang ke dalam wad Siti. Kelihatan tersenyum sambil berborak dengan Doktor Lina.
Tidak lama kemudian Daniel dan keluarganya tiba.
            “Hanna,macam mana Siti?” Daniel memandang Hanna kemudian Siti. Daniel kelihatan sedikit lega melihat Siti yang sudah sedar.
            “Daniel,Halim dah meninggal. Dia kemalangan tadi.” Hanna terduduk dan menangis.
            “Ya Allah. Apa lagi ujian untuk Siti ni?” Daniel juga terkejut.
            “ Sabarlah nak” Dato’ Shariman mengusap belakang anaknya. Datin Suraya juga menangis melihat keadaan anaknya.
Doktor Lina berada di pejabatnya bersama Daniel dan Hanna. Dia sudah pun mengetahui keadaan Halim. Dato’ Shariman dan Datin Suraya  bersama Siti di dalam wadnya.
            “Baiklah,kalau sudah begini. Saya nak minta izin daripada kamu berdua sebagai orang terdekat Siti untuk menjalankan pembedahan ke atasnya” tenang suara Doktor Lina.
            “Pembedahan????????????”. Hanna dan Daniel terkejut.
            “ Ya. Nampaknya Siti mengalami jangkitan kuman didalam paru-parunya. Jika kita tidak menjalankan pembedahan secepatnya,nyawa dia akan menjadi taruhan”
            “……..” masing-masing terdiam. Agak lama keadaan sepi.
            “Baiklah. Saya akan menanggung segala kos” Daniel bersuara akhirnya. Dalam hatinya,risaunya bertambah. Tidak sanggup dia menerima semua kenyataan ini. Baru bertemu Siti,keadaan macam ini pula yang berlaku. Dia betul-betul terseksa. Dia sudah tak sanggup menahan semua ini. Daniel masuk ke dalam wad Siti kemudiannya dengan muka yang muram.Hanna pulang awal kerana akan ke kuliah.  Dato’Shariman dan Datin Suraya juga segera pulang selepas menemui Siti kerana ada kerja yang perlu diuruskan mereka berkaitan dengan arwah abang Siti.. Siti sangat menghormati kedua orang tua Daniel itu. Baginya,merekalah pengganti arwah ibu dan bapanya. Selain Abang Halim.
            “Siti,apa kau rasa hari ini?” Daniel melemparkan senyumannya yang paling manis. Siti juga membalasnya.
            “ Entahlah. Ok kot. Ermm,Abang Halim mana ea?” tersentak Daniel mendengarnya.
            “ Siti,dengar ni.” Daniel tiba-tiba memegang tangan Siti. Siti ingin melepaskan tangannya tapi dia tidak berdaya.
            “Siti,Abang Halim dan Kak Zie meninggal. Mereka kemalangan semasa dalam perjalanan ke sini. Aku harap kau jangan menangis. Kau kena tabah ea? Aku ada. Kau jangan risau. Aku sayang kau,Siti. Dari mula-mula kita kenal lagi Siti. Aku dah menyukai kau saat itu. Tapi aku tak sempat nak beritahu kau sebab aku terpaksa ikut papa aku pundah ke sini.”
            “…” Siti terkesima. Dia terkejut akan semua yang berlaku pada dia sekarang. Segala-galanya tiba-tiba. Dia tidak dapat menahan sebaknya. Dia menangis semahu-mahunya.
            “Siti,shhh. Jangan menangis. “ Daniel terkedu. Reaksi tiba-tiba Siti ini sudah dapat diagak tapi bukan sampai begini. Dia cepat-cepat memeluk Siti. Dia tahu semua ini berdosa tapi dia betul-betul ingin membuat Siti rasa baik sikit.
            “Siti,dah. Dah. Shhh. Esok kau kena bedah,kau bukan demam saja,sayang. Kau juga dijangkiti kuman. Sabar ea sayang” laju saja perkataan sayang yang dah lama dia ingin lafazkan pada Siti. Siti senyap buat seketika. Mungkin terkejut dengan panggilan Daniel. Tapi hanya sekejap. Tangisannya makin kuat selepas itu.
BABAK LIMA
2 tahun kemudian.
Siti suadah habis belajar. Begitu juga Hanna. Masing-masing menunggu panggilan kerja sebagai guru. Tidak lama kemudian,Hanna yang mendapat panggilan terlebih dahulu.
            “Sarawak.!” Terjerit Siti. Hanna hanya tersenyum.
            “Lepas ni,aku keseorangan. Uwaaaaaa.” Siti buat-buat menangis.
            “ Apa pulak? Daniel kan ada?” Hanna tersenyum. Daniel dan Siti sydah pun mengikat tali pertunangan tahun lepas. Jika tiada aral melintang tahun ini dia kan melangsungkan perkahwinannya.
Segala-galanya seakan kembali normal. Siti juga sudah semakin bersemangat dan matang dalam menenpuh setiap ujian.
Di malam perkahwinan,Siti berdebar-debar menunggu Daniel di bilik. Selepas solat Isyak bersama-sama tadi,Daniel keluar untuk makan.
Tidak lama kemudian,Daniel masuk.
            “Assalamualaikum sayang.” Senyuman Daniel penuh makna.
            “Yer..” Siti seolah-olah terkejut dan tak tahu apa nak buat. Malam ini malam dia dan Daniel. Tangan Daniel menggenggam kemas tangan Siti lalu dikucupnya.
            “Maafkan abang selama ini. Membuat sayang tertunggu-tunggu abang”
            “Siapa entah yang tunggu dia. Perasan.”
Daniel tersenyum. Tidak dijawab soalan Siti. Sebaliknya dia mengucup bibir isteri tercintanya. Malam itu segala-galanya indah.
TAMAT

Wednesday, May 25, 2011

PENA KEMBALI MENARI


Bukan mudah hendak menceritakan pengalaman sendiri.
Bukan mudah hendak memberi gambaran tentang kisah sendiri.
Mungkin inilah ungkapan terbaik yang aku dapat tafsirkan sekarang. Susahnya nak memulakan sesuatu perkara yang agak peribadi untuk tuntutan umum. Tapi aku tetap akan memberikan yang terbaik sebab aku ingin berkongsi. Ingin brkongsi pengalaman yang mungkin akan menjadi pedoman untuk orang lain.  HARAP SEMUA ENJOY… ^.^

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG,26300 GAMBANG,PAHANG.
Dah sebulan dah aku tinggalkan tempat keramat ni. Macam-macam benda aku jumpa kat sana. Macam-macam orang aku jumpa. Macam-macam jenis perangai jugak aku jumpa. Kiranya,macam-macam adalah. Huhu. (^.^)
Tapi bestlah belajar kat sana. Keputusan PSPM pun dah lama keluar. Lepas ini, aku akan menjejakkan kaki ke menara gading pulak. InsyaALLAH,amin…
Berbalik ke kolej kesayangan aku ni. Antara pengalaman paling manis di sini adalah. Aku bertemu dengan pelajar-pelajar yang cerdik dari pelbagai negeri. Mereka ialah :
GiRlS rOcK <3
NURUL LIANA MANSOR (KELANTAN)
KAMALIA KAMARULZAMAN (JOHOR)
SURIATI SULAIHUDDIN (JOHOR)
NURUL SYADATUL ATHIRA AHMAD NAYAN (JOHOR)
FATIN AMIRA ANUAR (TERENGGANU)
NURUL HUDA ABD WAHAB (TERENGGANU)
SITI NAJATUL AISYAH (TERENGGANU)
NUR AFIQAH BAHARUDDIN (JOHOR)
LIM SHUN YUE (PERAK)



bOy HaRdCOrE <3
p/s = Aku mintak maaf awal-awal sebab nama ayah korang aku tak ingat lah… hihii..
AKHIMULLAH (KELANTAN)
LUQMAN (TERENGGANU)
ALIFF (TERENGGANU)
FARID (PAHANG)
MOHSIN (JOHOR)
KEVIN (PULAU PINANG)
HELMI (PAHANG)
ADHA  (PAHANG)
IQBAL (PAHANG)
IMRAN (TERENGGANU)

Begitulah  nama rakan-rakan kelas 3F17 BATCH 2010/2011. Batch inilah jugak batch terakhir untuk 3 subjek sahaja. Selepas ini pelajar-pelajar yang akan datang belajar dengan 4 subjek fuhhh,selamat kamiorang. Huhu.
Antara kenangan terindah di matrik.





Selain itu apa yang membuatkan kehidupan di matrik ini lebih indah sebab rakan-rakan kau yang berasal dari sekolah lama,SMK JENGKA 2 turut ada. Sekurang-kurangnya tidaklah aku terasa asing sangat berada di tempat orang lain. Huhu.
NOORAZMIRA HARON
FATINAH ADNAN
AZLINA JASRI
NURUL SYAZWANI BUJANG
MOHAMAD SOLIHIN
RAHIMI
SYARIFUDDIN
SUFI ANI
 AMINUDDIN
SIKHA
HAKIMAH
Alhamdulillah. Mereka ada untuk aku. Harap mereka juga akan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan mereka. Untuk Mira,terima kasih sebab selalu ada untuk aku.
Fotofoto menarik bersama mereka :



Nampak indah kan? Sememangnya indah. =) tapi dalam masa 11 bulan macam-macam aku belajar. Usia semakin meningkat,aku pun semakin matang. Bila kita keluar dari kampong kita, baru kita akan kenal erti sebenar kehidupan. Di sini,aku belajar untuk berdikari. Aku belajar untuk menguruskan masa dengan betul. Aku belajar untuk pandai memilih kawan. Kita tak akan kenal diri sebenar kita sehingga kita berdepan dengan pelbagai masalah. TUHAN TAKKAN MENGUJI HAMBANYA MELEBIHI KEMAMPUANNYA. Aku belajar untuk redha dengan semua perkara. Aku belajar untuk yakin bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...