whos follow me

CHEREKA

Sunday, July 31, 2011

PENGALAMAN MENGAJAR..


Kita takkan tahu apa yang akan berlaku dalam hidup kita 1 saat dari sekarang. Kita juga takkan tahu apa yang telah tertulis untuk kita hari esok. Semuanya sudah ditetapkan. Semuanya sudah tertulis sejak azali lagi. Jadi,apa yang kita perlu buat adalah hidup seadanya. Terimanya dengan redha. Setiap yang berlaku untuk kita pasti ada sebabnya. Baik dan buruk itu adalah untuk kita juga.

Itulah yang aku pegang selama 19 tahun aku hidup. Aku takkan tahu apa yang akan berlaku pada diri aku 10 tahun dari sekarang. Adakah aku akan jadi seorang jurutera seperti yang aku idamkan? Adakah aku akan tetap bersama si dia yang aku kenal sekarang? Aku takkan tahu sehingga aku laluinya 10 tahun lagi. Walau apapun yang berlaku hidup mesti diteruskan. Itu prinsip diri aku, aku takkan mengalah sehingga aku benar-benar pasti aku telah tewas. Kemudian,aku akan berserah.

Aku tak percaya dalam hidup aku,aku telah mencapai tahap sekarang. Aku kini dapat berfikir seperti orang yang matang sebab memang aku telah matang. Itu realitinya. Kalau dulu,aku buat sesuatu benda itu kerana aku seronok. Sekarang,aku lebih berfikir dalam melakukan sesuatu itu. Aku akan fikir apa kesannya terhadap aku,keluarga aku dan orang sekeliling aku. Aku kini bukan lagi ALIA FARHANA yang akan menangis apabila terjatuh, tapi ALIA FARHANA yang akan bangkit semula jika jatuh dan mulakannya sekali lagi.

Pengalaman betul-betul cikgu terbaik. Dalam hidup aku,aku dah rasa perit untuk belajar. Kemiskinan keluarga aku suatu masa dulu aku telah dapat atasi dengan belajar bersungguh-sungguh. Usaha aku berbaloi. Betullah kata orang tua, rezeki anak kita takkan tahu. Mungkin rezeki aku dan adik-adik aku. Kami kini sudah dapat tinggal di sebuah rumah yang begitu cantik. Yang begitu selesa daripada hidup berpindah-randah dahulu. Aku kini selangkah sahaja lagi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Aku sedang menunggu panggilan belajar ke peringkat ijazah sarjana muda. insyaAllah. Aku berdoa rezeki kami sekeluarga akan sentiasa diberkati. Aku juga pernah berasa perit untuk bercinta. Tipulah kalau aku tak pernah menyesal,tak pernah  menangis kerana lelaki. Bukan seorang,dua tetapi lebih daripada itu. Mungkin kerana aku terlalu mentah untuk memahami cinta ketika itu. Cinta adalah sesuatu pinjaman untuk kita yang telah Allah berikan tanpa kita mengetahui bila akan diambil balik.tetapi yang pasti CINTA KEPADA ALLAH TAKKAN PERNAH MEMBUAT KITA MENYESAL. Cinta juga telah mengajar aku bersabar. Aku telah banyak bersabar kerana cinta terhadap manusia telah mengajarku bagaimana untuk kuat dalam menempuh hidup. Dan aku rasa kesabaran aku itu telah berhasil kerana sekarang aku sudah berjumpa seorang yang bakal menjadi suamiku,harapnya begitulah. Amin.

Saturday, July 30, 2011

KATA-KATA HIKMAH


ØMUHASABAH CINTA
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Kupasrahkan semua pada-Mu
          Tuhan
          Baruku sedar indah nikmat sihat itu
          Tak pandai kau bersyukur
          Kiniku harapkan cinta-Mu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir dikidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
          Butir-butir cinta air mataku
          Teringat semua yang kau beri untukku
          Ampuni khilaf dan salah selama ini
          Ya Ilahi
          Muhasabah cintaku
Tuhan,kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika kuharus mati
Pertemukan kau dengan-Mu
Amin

ØORANG YANG PALING ZALIM TERHADAP DIRINYA ADALAH:
1)    Orang yang merendahkan dirinya kepada orang yang tidak akan menghormatinya
2)    Menyayangi orang yang tidak akan member faedah kepadanya
3)    Memuji orang yang tidak dikenalinya

OLEH: IMAM SYAFI’E


ØUKHWAH ITU..
Bukan terletak pada pertemuan,bukan pada manisnya ucapan bibir,
Tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap teman dalam DOANYA..

ØYANG TERBAIK..
-Sebaik-baik harta yang anda miliki adalah yang mendatangkan manfaat
-seagung-agung ilmu yang anda miliki adalah yang meninggikan darjat
-sebaik-baik rumah adalah yang memberikan keluasan
-sebaik-baik sahabat adalah yang sering menasihati anda

ØHAVE FAITH IN ALLAH! AND SAY…WE CAN DO THIS!!

ØThere are people who fall over and over in their life
and that is why they succeed.

Ø SESEKALI..jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
kerana dia juga seorang manusia,
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,
sedih dan kecewa.
 Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.

Ø KITA..
Selalu melihat dia ketawa,
Tetapi mungkin sebenarnya,
Dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
Mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Disebalik ketenangannya
Mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu
Tetapi
Jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
Mungkin kita akan tahu.






LUAHAN HATI SEORANG ANAK



Mak..
Terlalu rindu rasanya duduk membilang hari.. Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, rasanya baru semalam mak peluk kita an, sejuk syahdu masih terasa lagi ni. Mak tahu tak.. itulah kali pertama mak peluk anak anak mak yang nakal seorang   ni sejak kita dewasa..dan itu juga terakhir kalinya..Emmm. rupanya mak da tau mak nak pergi jauh..nak tinggalkan anak-anak mak,nak tinggalkan dunia fana, mak macam da sedia. Seminggu sebelum itu, mak da menganyam tikar mengkuang 3 helai. Akak kata sampai pagi mak anyam tikar tu, tanpa rasa letih, tanpa rasa mengantuk, akak pun hairan dengan tingkah laku mak, mak tak pernah buat macam tu. Pastu mak pasang radio kat sebelah mak tapi mak tak sedar sebenarnya rancangan radio tu siaran Siam. Kadang-kadang siaran Indonesia, mak terus tetap menganyam. Rupanya tikar yang mak telah  siapkan tu digunakan untuk iringi mak ke kuburan. Pastu mak sapu sampah keliling rumah bersih-bersih, pastu mak jemur semua karpet, ubah sofa ke tempat lain, mak biarkan ruang tu kosong, rupanya kat situ jenazah mak diletakkan. Paling menarik sekali mak bagitahu kat mane mak letakkan duit dan barang kemas mak ada dalam almari,  dalam beg, dalam ASB, dalam Tabung Haji, mak cakap tak berapa cukup lagi, ada dalam gulung tikar, masa tu mak perasan tak?? Kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar, kita kata mak ni macam orang dulu-dulu. Ummm, bahagianya saat itu.
Mak..
Hari itu hari Sabtu, 14/05/2005 pada pukul 3.00 petang mak tiba-tiba sakit perut, bila malam tu kita sampai dari Gambang, mak da dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong,semua da pujuk mak, tapi mak tetap tak mahu pergi hospital dan cuma  tinggal giliran kita yang belum pujuk mak. Mak kata tak mahu duduk dalam hospital tapi kita berkeras jugak pujuk, kat hospital ada doktor ada ubat untuk mak, kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut-urutkan mak je, tapi mak tetap tak setuju. Mak degil tau, tak  salah anak mak yang seorang ni pun ikut perangai mak tu. Tapi akhirnya bila lihat keadaan mak yang teruk tu, mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit , kami adik-beradik sepakat juga bawa mak ke hospital. Ampunkan kami ya mak.


Mak..
Malam tu kita bawa mak ke hospital dan itulah kali pertama dan terakhir mak naik kereta kita. Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak bila kita cakap nak beli kereta. Mak asyik tanya duit kita cukup tak. Kita pun jawab “ kalau tak cukup,duit mak kan banyak.” Mak gelak je. Lepas tu bila kereta dah sampai, mak buat kenduri kesyukuran. Dan kita ingat lagi. Masa kita eksiden langgar pokok nak elak anak-anak ayam lintas jalan. Punyalah takut. Kita warning akak jangan bagitahu mak. Bila balik kampong kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj. Tapi mak perasan jugak bumper depan kereta tu kemek. Bila mak Tanya kenapa? Selamba je kita jawab terlanggar pasu bunga. Mak. Kita tipu mak. Tapi tujuan kita tak nak mak risau. Maafkan kita mak. Sampai mak pergi pun mak tak tahu hal sebenar. Mak. Kita tipu mak an? Maafkan kita.
Mak..
Jam 3.45 pagi 15/0/05
Bila tiba je kat hospital. Nurse tu tengah balut mak dengan kain putih. Mak mesti nampak kita jatuh terduduk kat lantai. Mesti mak rasa abang cium dahi mak. Mesti mak dengar akak baca doa untuk mak. Mesti mak nampak adik tak bergerak  kat sudut tu kan? Kan. Kan. Mak tahu tak,pagi tu balik dari hospital jam 3.35 pagi kita memandu dalam keadaan separuh sedar. Adik kat sebelah diam melayan perasaan. Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ni. Jalan di depan terasa kelam. Air mata tak mampu di tahan. Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan tu kita reda. Namun Alhamdulillah akhirnya kita sampai juga. Disebabkan pagi masih awal,jalan tu lengang. Kosong.sekosong hati ni. Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh tu lain benar. Terasa shahdu dan sayu. Dingin………..
Mak..
Kita masih ingat lagi. Kita baca al-quran kat tepi mak,temankan mak. Jam 11.00 pagi mak dimandikan. Anak-anak mak yang pangku mak masa nak mandi. Mak mesti rasa berapa lembutnya kami gosok badan mak. Kita gosok kaki mak perlahan-lahan. Mak perasan tak? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita. Makcik tu kata “ adik jangan nangis. Kalau sayang mak jangan buat macam tu.” Lagi laa laju air mata ni. Tapi kita kawal supaya tak menitis atas mak. Kita tak nak mak sakit.


Mak..
Sampai sini je kita tulis surat.  Kita nangis ni. Kita dalam bilik. Baru pukul 4.00 pagi. Tak ada orang bangun lagi. Kita dengar nasyid tajuk ‘anak soleh’,kita sedih. Kita rindu mak. Rindu mak sangat-sangat.!! Takpe. Nanti lepas Subuh kita baca Yassin untuk mak. Mak tunggu ya.
Mak..
Sebelum mak ditutup buat selama-lamanya. Semua anak mak kelilingi mak. Tatap wajah mak buat kali terakhir. Semua orang cakap mak macam senyum je. Mak rasa tak? Masa tu kita sentuh dahi mak. Dahi mak sejukkk sangat. Kita tak mampu nak cium dahi mak. Kita tak daya. Kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar.  Air mata kita tak boleh tahan. Mak. Mesti mak ingat abang jadi imam solat jenazah mak. Tapi masa baca doa,abang minta tolong tok imam bacakan doa sebab sebak. Jam 12.00 tengahari mak diusung keluar dari rumah. Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik. Badan akak panas. Amk, anak mak seorang tu dah demam. Mak tau. Cuma akak yang tak pergi ke tanah perkuburan.
Mak..
Hari-hari kita lalui tanpa kewujudan mak lagi.
Begitu terasa kehilangan mak. Boleh kata setiap hari lepas solat Maghrib anak mak  ni berendam air mata. Masa tu malam jumaat lepas Maghrib. Kita baca Yassin dengan kawan-kawan kat surau. Entah kenapa bila kat bilik kita keluarkan semua gambar-gambar mak. Pastu apalai. Semakin kita tenung semakin terasa sayu. Tangisan tak dapat ditahan lagi. Mak tau. Kita cuba tahan. Pujuk diri sendiri tapi tak juga reda. Kita selalu rasa nak telefon mak. Nak cakap dengan mak. Mak. Anak mak yang seorang ni da tak betul kan?? Akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong. Kita cakap ddengan akak. Puas la akak pujuk kita. Akak kata tak baik nangis je. Doa untuk mak. Nanti kalau macam ini je, mak yang susah. Tapi akhirnya akak nangis juga. Mungkin mak nampak adegan tu. Kata orang kalau malam Jumaat,roh balik rumah. Mengharap sedekah dari anak-anaknya. Mak tau tak? Di saat tu kerinduan terasa menusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni. Sampai sekarang kerinduan itu menjelma. Hanya sedekah
al-Fatihah yang mampu kita berikan.


Mak..
Cukuplah sampai sini dulu. Kawan kita dah ketuk pintu. Kejap lagi  kami nak pergi solat Subuh berjemaah kat surau. Selalunya kita pergi dengan mak sama-sama jalan kaki. Tapi sekarang kita pergi dengan kawan pula. Emmm.. esok kita kita ingat nak tulis surat untuk ayah pula. Mula-mula kita tak tau nak hantar surat ni kat mana. Pastu kawan kita bagitau simpan je buat kenangan. Kita tau alamat ni je. Mak takpe kan? Kita kasi orang basa surat ni. Kita berhenti dulu sebab kawan kita da lama sangat tunggu. Jutaan terima kasih kerana membesarkan kita. Beri kita kasih sayang dari  kecil sampai kita masuk sekolah. Sampai masuk university. Sampai kita boleh rasa naik kapal terbang. Boleh rasa tinggal kat luar Negara. Sampai akhhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas. Akhir kata, I LOVE YOU SO MUCH.
Sekian terima kasih.

IMMORTAL SONG 2


IMMORTAL SONG 2 = SINGING THE LEGEND
28 JUNE 2011
10.13-12.34 P.M
KBS
Program reality yang mempamerkan idol-idol Korea menunjukkan bakat vocal masing-masing. Program ini betul-betul berjaya membuat para penonton di  konsert pertama mereka menangis, bahkan juga aku. Bakat mereka betul-betul semulajadi. Terus aku terfikir artis-artis Malaysia yang hanya mengejar popularity semata-mata.. Tak keterlaluan kalau aku katakan sememangnya artis Malaysia takkan boleh mencapai antarabangsa kalau mereka-mereka yang asyik mahu popular ini ada.
Berbalik semula, artis-artis yang terlibat adalah
-Yang Yoseop BEAST
-iu
-hyorin SISTAR
- jonghyeon SHINEE
- changmin 2AM
- yesung SUPER JUNIOR
6 orang sahaja. Mereka dipih berdasarkan kredebiliti masing-masing . masing-masing betul-betul berbakat.
Rancangan ini betul-betul membuat aku teruja. Walaupun sekejap, tapi betul-betul memberi  impak yang besar kepada semua peminat muzik Kpop.
Mereka akan memilih lagu-lagu yang telah dipopularkan legenda Korea iaitu Yang Songbi(TAK PASTI NAMA TEPAT @ TAK ^.^). Seoarang artis Korea yang begitu terkenal kerana hasil-hasil penulisan lirik beliau yang kreatif.
Lagu-lagu yang menjadi pilihan masing-masing adalah =
1)      JONGHYEON – A MILLION ROSES
2)      YESUNG – ( really forget *_*)
3)      IU – MEN ARE SHIPS,WOMEN ARE PORTS
4)      HYORIN – A MAN BACK THEN
5)      YOSEOP – I HATE IT
6)      CHANGMIN -  ( jashikk.. I forget *_*)

Tapi betul-betul mencabar pertandingan ini. Pemilihan markah ditentukan oleh 200 juri yang merupakan peminat setia legenda tersebut. So, mereka tahu penyanyi mana yang betul-betul menyampaikan lagu idola mereka dengan terbaik. Semasa JONGHYEON melawan YESUNG,JONGHYEON telah menang. Disaat dia diberitahu sebagai pemenang, JONGHYEON seakan-akan tak bercaya dia akan dapat mengalahkan hyungnya itu yang merupakan satu agensi dengannya. Dia menangis sepenuh hati,pertama kali aku mendengar seoarang lelaki menangis begitu sedih. Aku betul-betul tak percaya sampai aku pun turut menangis walaupun aku hanya didepan tv. Fuhhh~~~ memang solute ar dia.
Namun walau apapaun,pemenang terakhir adalah HYORIN. MEMANG SEDAP SUARANYA.. ^.^
Aku yakin kalau aku tengok banyak kali pun rancangan ini,aku pasti akan mengalirkan airmata lagi.
p/s : kalaulah artis Malaysia pun begitu bersemangat  macam diorang.

SELEPAS INI... LEBIH BYK ARTIS2 YG TERKENAL AKAN KELUAR DAN MASOK DLM SONG COMPETITION INI... SAKSIKAN DI SATURDAY FREEDOM EVERY SATURDAY AT KBS.



SAKSIKAN KYU HYUN OPPA AT EPISODE 10 <3



Wednesday, July 27, 2011

TOM YAM GORENG


TOM YAM GORENG
Bahan-bahan A :
-100 g udang
-100 g sotong
-100 g daging ayam
-100 g bebola ikan
-sayur campur
Bahan-bahan B :
-3 batang serai ditumbuk
-3 keping lengkuas
-4 helai daun limau
-1 biji limau nipis
-1 sudu makan cili kisar
-1 sudu makan pes tom yam
-sedikit cili padi
-serbuk perasa dan santan atau susu
Cara membuat :
1)      Didihkan air, masukkan bahan A  dan kacau sebati.
Kemudian, masukkan serai, lengkuas, perahan limau nipis, daun limau, cili kisar, cili padi dan pes tom yam.
2)      Akhir sekali, masukkan sedikit santan atau susu penambah selera bersama serbuk perasa secukupnya.

Monday, July 25, 2011

SELULIT _RAWATANNYA_??


SELULIT MEMBANTUTKAN KEYAKINAN WANITA
Selulit boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kiralah bagi individu yang bertubuh kurus atau gemuk. Ia merupakan sekumpulan lemak yang terperangkap di bawah lapisan kulit. Semua orang memiliki lapisan tisu lemak di bawah lapisan kulit yang bertindaj sebagai kusyen melindungi pelanggarn ( bumps), member rasa selesa dan memberi kita ‘ kelembutan ‘ yang berkaitan sifat kewanitaan.
Makan makanan berkalori secara berlebihan adalah punca utama pembentukan selulit. Diet dan senaman boleh membuang lemak tetapi bukan lemak yang tersimpan dalam lapisan dalam. Secara purata, wanita lebih banyak menyimpan lemak dip aha, punggung dan paha. Manakala, bagi lelaki lebih tertumpu pada bahagian perut dan dada.
Sebelum kita mencari jalan menghilangkan selulit ini, kenali dahulu penyebab kemunculan selulit ini.
1)      HORMON – Selulit mempunyai hubung kait yang rapat dengan hormon  estrogen yang terdapat dalm tubuh wanita. Hormon  ini mampu menahan air dan menjadi punca munculnya selulit.
2)      MENU MAKANAN – Kesuntukan masa sering membuatkan kita menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Makanan yang mengandungi bahan pengawet dan perasa tambahan ini boleh mengganggu fungsi tubuh. Jika sering menjadikan makanan  segera sebagai pilihan, selulit akan muncul walaupun anda bertubuh kurus.
3)      SISTEM PENCERNAAN – Sistem pencernaan yang bermasalah juga menjadi punca munculnya selulit. Oleh itu, anda dinasihatkan agar minum lebih banyak air putih, bersenam dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran.
4)      TEKANAN – Tekanan tidak kiralah melibatkan mental atau fizikal juga boleh mempengaruhi proses dalaman tubuh. Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan pengumpulan lemak dalam tubuh.
5)      DIET YANG SALAH – Berat badan yang sering naik dan turun juga boleh menyebabkan selulit. Ia selalu dikaitkan dengan diet yoyo. Justeru ,pastikan program diet yang anda jalankan berterusan dan dilakukan dengan konsisten.
Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengatasi terjadinya selulit :
1)      MAKAN MAKANAN SEGAR – Jadikan makanan segar seperti jenis organic sebagai pilihan. Berbanding makanan segera, makanan ini sememangnya bebas daripada bahan kimia, perasa atau pengawet tiruan.
2)      MAKANAN BERPROTEIN – Pastikan protein yang masuk ke dalam tubuh anda memadai dengan keperluan tubuh. Jika anda seorang vegetarian, pastikan anda mengambil makanan tambahan bagi menggantikan sumber makanan berprotein yang tidak diambil.
3)      KURANG LEMAK DAN MANIS –Kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan manis. Makanan seperti ini akan menyebabkan lemak lebih mudah tersimpan dalam tubuh.
4)      MAKAN SECARA TERATUR – Makan mengikut jadual sekurang-kurangnya tiga kali sehari secara teratur. Ini bagi memudahkan system pencernaan tubuh berfungsi dengan baik dan teratur.
5)      MINUM AIR PUTIH – Kurangkan minum air manis atau berkarbonat, sebaliknya lebihkan minum air putih lapan gelas sehari. Air putih boleh membantu organ di dalam tubuh berfungsi dengan baik.
6)      BERSENAM – Selain menjaga pemakanan dan diet, lakukan senaman secara teratur bagi mengeluarkan peluh. Lakukan juga regangan pada setiap hari agar tubuh lebih segar dan cergas.
7)      BERTENANG – Berfikiran positif akan membantu kita menjalani hidup dengan aktif dan sihat. Carilah ketenangan dengan bercuti, beriadah, bergurau atau mendengar lagu.

CERITA BOLA MALAYSIA


( dipetik daripada akhbar Kosmo! Khamis 14 July 2011)
MALAYSIA MUDAH DIBEDIL ARSENAL
Hajat skuad bola sepak kebangsaan mencipta kejutan ke atas Arsenal tidak kesampaian apabila tewas 0-4 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. ( 8.45 p.m 13/07/2011)
LAPORAN DAN GAMBAR SELANJUTNYA DI BAWAH :
MALAYSIA DIBEDIL
Skuad bola sepak gagal  mencipta kejutan apabila tewas 0-4 kepada Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional.
Tampil beraksi di hadapan 60,000 penonton skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K. Rajagopal ternyata gagal menyaingi kehebatan gergasi England itu.
Sebaliknya, skuad The Gunners mudah menguasai tempo sepanjang 90 minit perlawanana berlangsung.
Empat gol Arsenal masing-masing disumbangkan oleh Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Thomas Rosicky.

MALAYSIA TUMBANG DI TANGAN GUNNERS
Skuad bola sepak kebangsaan gagal  menewaskan kelab Liga Perdana England pada aksi persahabatan dengan tewas 0-4.
Di hadapan hampir 60,000 – 65,000 penonton yang majoritinya berjersi merah sambil dicelah-celah mereka terselit penyokong berjersi kuning, empat jaringan skuad  the Gunners itu dijaring oleh Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Thomas Rosicky.
                Tiada kelibat Robin Van Persie, Samir Nasri, Bacary Sagna dan Andrei Arshavin dalam kesebelasan  Arsenal sebaliknya, pengurus  the Gunners , Aresene Wenger membariskan Rio Miyaichi, Carl Jenkinson, Thomas Vermaelen dan Maruane Chamakh.
                Jurulatih kebangsaan pula meletakkan penjaga gol ketiga, Nasril Nordin dalam kesebelasan utama dan hanya memasukkan Khairul Fahmi Che Mat selepas rehat.
                Menerusi serangan pertama kea rah pintu gol Malaysia pada minit keempat, Arsenal berjaya memperoleh sepakan penalty setelah Aidil Zafuan Razak menjatuhkan Jack Wilshere.
                Romsey yang mengambil sepakan penalty itu mudah menewaskan Nasril untuk gol pertama Arsenal.
                Malaysia hanya melakukan serangan sulung pada minit kelapan, tetapi hantaran lintang Asraruddin Putra Omar mudah ditangkap Alex Song kea rah penjaga golnya, Wojciech Szczesny.
                Pada minit ke 24 stadium bergema seketika apabila sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim dari sebelah kanan hamper memerangkap Szczesny yang terpaksa melompat untuk menepis bola ke belakang.
                Namun kelekaan pertahanan Malaysia dihukum pada minit ke 36 apabila hantaran lintang Wilshere berjaya disudahkan dengan lambungan kemas oleh Walcott untuk kedudukan 2-0.
                Bermula babak kedua , Wenger melakukan lapan pertukaran sementara Rajagopal hanya memasukkan Khairul Fahmi dan Abdul Hadi Yahaya menggantikan Nasril dan Ahmad Fakri Sarani.
                Kehebatan Arsenal ternyata sukar dibendung apabila mereka berjaya memperoleh gol ketiga hasil penyudah kemas penyerang gentian, Vela pada minit ke 58.
Pada minit ke 67, Wenger mula melakukan empat pertukaran serentak memasukkan Van Persie, Nasri, Sagna dan Rashavin.
Arsenal melengkapkan malam gemilang mereka dengan gol keempat menerusi Rosicky pada minit ke 90.
               
RAJAGOPAL ANGGAP PENGAJARAN BERGUNA JUMPA ARSENAL
                “ Satu pengajaran berguna kepada kita .”
Demikian jelas jurulatih kebangsaan Malaysia, Datuk K, Rajagopal selepas emnyaksikan anak-anak buahnya tumbang 0-4 di tangan Arsenal.
Menurutnya, Rajagopal banyak perkara positif boleh diambil daripada kekalahan itu khusunya factor mentality dan keyakinan apabila berdepan sebuah pasukan berkelas dunia seperti Arsenal.
Namun , beliau juga sedar ketumpulan tindakan penyudah perlu diperbaiki dengankadar segera menjelang pertemuan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura.
“ Kita kalah kepada pasukan bertaraf dunia dalam satu perlawanan yang bagus. Jelas sekali menentang Arsenal adalah satu perlawanan di tahap yang berbeza.” Kata Rajagopal pada sidang media semalam.
“ Babak pertama, pemain kita ada cuba member tekanan, tetapi jaringan penalty pada awal permainan menjejaskan moral pemain.
“Tetapi pemain kita tidak putus asa, mereka tetap mengatur serangan terutamanya di sebelah kiri menerusi S. Kunalan, Cuma ketumpulan penyudah yang menjadi penghalang mendapatkan gol.
“ Apa pun ia satu pengajaran yang berguna kepada pemain, banyak perkara positif dapat diambil daripada kekalahan ini dan kelemahan jentera serangan  akan diperbaiki lagi sebelum menentang Singapura, “ tambah beliau lagi.
Sementara itu, pengurus The Gunners tetap memuji aksi barisan pemain Negara meskipun mengakui bahagian pertahanan Malaysia kurang berkesan.
“ Pemain Malaysia bergerak dengan baik di atas padang, bahagian pertahanan sangat teratur, Cuma pergerakan bola dari bawah ke jentera serangan agak kurang berkesan. Pemain pertahanan mereka juga sangat pantas dan banyak terlibat membantu gerakan. Apa pun, ia masih satu perlawanan yang bagus untuk mereka dan juga Arsenal dalam persiapan pra musim kami,” katanya.





DEBARAN UPU


DEBARAN UPU
SUDAH  BERAKHIR..TAPI…
PERMULAAN BAGI SEBUAH LAGI PERJALANAN YANG HARUS KU TEMPUH DALAM HIDUP INI.
Pejam celik,pejam celik dah berlalu 5  bulan aku ‘bertapa’ kat rumah kesayanganku ini. Tinggal lagi 1 bulan lebih sahaja lagi sementara menunggu 4/09/2011.. akan berlaku lagi transformasi dalam hidupku. Aku akan bergelar siswi UTeM pula. Bukan aku seorang sahaja akan ada disana, Alhamdulillah. Rakan-rakan seperjuangan aku yang terdiri daripada ex-classmate aku masa di matrik dulu pun berkumpul kat situ nanti. Kam,yana,mira,farid dan najah!! Mereka semua satu tempat dengan aku. Alhamdulillah ar. Aku gembira sangat. Sekarang tengah dalam proses untuk mengumpul duit.. Aku dah berazam. Aku nak belajar semula daripada kesilapan. Aku tak boleh main-main lagi macam masa aku belajar dekat matrik dulu. Aku janji! Aku nak dapatkan 3.0 dalam keputusan aku nanti. Amin..
FASA 1
 Aku da mula print semua maklumat yang aku perlukan. Mula-mula aku beli num pin untuk PTPTN kat BSN. Kemudian, aku prgi teman kawan aku, MUTIA untuk dia mencetak maklumat dia. Dia dapat UNIMAS. Nun jauh di sana, takpe. Biar berpisah kerana menuntut ilmu. Huuhu. Then, we continue our journey at BIMB. Or for long, BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD. Buat buku bank ( kad j skag). Punyalah berabad tunggu giliran, tapi kerana niat ikhlas, bersabor ajelah. Hihi.
Sejam berlalu…
Akhirnya siap!!
Meneruskan lagi perjalanan ke HOSPITAL JENGKA. RM6 tambangnyer dari Bandar..
Tapi..
“ maaf dik, hospital tak ambil perkhidmatan ini dah… poliklinik yang buat medical cek up utk pelajar u skrg,”
Alaaa… jam dah pukul 12.00 tgahri sekarang ni.. lapor,penat… jauh ar nak patah alik ke poloklinik.. tapi ALHAMDULILLAH… rakan membantu.. NAJMI.. thanks.. kaulah penyelamt..
Dengan MERCEDES  BENZNYER.. Kami ke POLIKLINIK BANDAR JENGKA…
Nasib tak berapa baik jgk..skarang 12.30.. waktu staff rehat.. taper… tunggu pai 2.30 ptg plakk..
MEDICAL CHECK UP bermula..
Timbang berat dan tinggi.. aku punyer tinggi 145 cm and berat 54 kg!!! fuyoooohhh!! Aku naik 5kg?? uwaaaaa.. I am big and fat girl sekarang.. nak kurus alikkk.. =(
Kemudian urine testtt…LULUS. HIIHI. Pastu g X-RAY.. MALU.. I AM NAKED!! LUCKILY ADE BAJU PUTIH TLH DISEDIAKAN… rase ternoda… haahaaha. Tape2.. utk ilmu… niat kena ikhlas..
Satu  langkah j lagi… MENUNGGU DOKTOR..
3.30.. 3.35..3.40…3.45…4.00… MANE DOKTONYER NI!!!! Fuhhhh.. darah muda sedang meluap-luap.
4.05..akhirnyerr.. dokto da sampai…
MAKA BERAKHIR SUDAH PRJALANAN HARI INI.. tiba di rumah dengan penattt sgt..
p/s : tq mutia and lifah.. menemani aku hari ni..
                18/07/2011…..
B4 PERGI MEMENATKAN DIRI..<3

KEK LOBAK LEMON


KEK LOBAK LEMON
Bahan –bahan :
-300 g mentega
-240 g gula kastor
-sedikit garam
-4 biji telur
-sedikit esen vanilla
-240 g tepung
-1 sudu teh serbuk penaik
-80 g kacang hazel
-sedikit serbuk kayu manis
-165 g lobak (diparut)
-1 biji kulit lemon ( diparut)
Cara membuat :
1)      Putar mentega bersama gual kastor hingga lembut. Masukkan sedikit garam, telur dan esen vanilla. Putar lagi.
2)      Ayak tepung bersama serbuk penaik, dan serbuk kayu manis. Masukkan kacang hazel dan campur adunan hingga sebati.
3)      Kemudian, masukkan lobak dan kulit lemon. Putar rata.
4)      Tuang adunan ke dalam acuan berukuran 9” yang telah disapu minyak dan dialas dengan kertas.
5)      Akhir sekali, bakar pada suhu 180  selama 50 minit sehingga masak. Hias ikut citarasa.

KEK LAPIS KACANG MERAH


Bahan –bahan :
-250 g aduanan tepung span
-4 butir telur
-50 ml air
-1 sudu the emulsi kek
-80 g mentega kacang
-1/2 tin kacang merah ( bahagi dua )
-sedikit serbuk penaik, pewarna merah dan mentega kacang
 Cara membuat :
1)      Putar kacang merah bersama mentega kacang dan pewarna merah.
2)      Masukkan tepung, telur, air, emulsi kek dan serbuk penaik kemudian diputar selama 5 minit sehingga sebati.
3)      Masukkan mentega cair dan putar sehingga rata.
4)      Tuangkan adunan ke dalam dulang dan taburkan sebahagian lagi kacang merah diatasnya.
5)      Setelah masak, biarkan sejuk. Potong memanjang dan sapukan setiap lapisan dengan mentega kacang.


KEK KEJU PARMESAN


Bahan-bahan :
-250 g mentega
-230 g gula kastor
-4 biji telur
-80 g keju parmesan
-100 ml susu
-280 g tepung gandum
-1 sudu serbuk penaik
Cara membuat :
1)       Putar mentega bersama gula kastor hingga kembang.
2)      Masukkan telur dan pukul lagi.
3)      Kemudian, masukkan keju parmesan dan gaul sebati.
4)      Masukkan pula susu, tepung dan serbuk penaik kemudian dipukul hingga rata.
5)      Masukkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180 selama 45 minit. Hias ikut citarasa.

CHAR KUEY TIAW


CHAR KUETIAU
Bahan-bahan :
-1/2 bungkus kuetiau
-6 ekor udang
-1/2 sudu teh stok ayam
-50 g sotong
-50 g kerang
-2 ulas bawang putih dikisar
-1 sudu makan pes cili kisar
-1/2 sudu makan sos tiram
-1/2 sudu makan sos ikan
-sayur campur
-kicap pekat dan sos kicap
Cara membuat :
1)      Tumis  bawang putih bersama serbuk cili hingga naik bau.
2)      Masukkan udang, sotong, kerang, stok ayam dan kuetiau kemudian digaul rata.
3)      Masukkan sos-sos dan akhir sekali sayur campur.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...