whos follow me

CHEREKA

Friday, September 30, 2011

UTEM TERBILANG

LIEYA MULA MENULIS-------->UNIVERSITI KESAYANGANKU. . UTeM. ..--> UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. IPTA TEKNIKAL PERTAMA DI MALAYSIA.
where the great technical careers begin
Pertama kali aku menjejak kaki ke u ini, tiada kata yang dapat menggambarkan keterkejutan aku. Memang beyond my expectation la. Huhu. Tahiniah utem sebab berjaya buat aku berasa kagum. Alhamdulillah. Memang indah suratan takdir yang telah ditetapkan untuk aku ini. Sebelum aku menceritakan dengan lebih lanjut apa yang berlaku selepas itu, marilah kita mengenali UTem ini dengan lebih dekat.


LATAR BELAKANG
Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM ) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2000 di bawah Seksyen 20 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. UTeM adalah IPTA yang ke 14 ditubuhkan di Malaysia dan merupakan university teknikal pertama di Malaysia. UTeM menjadi perintis kepada program pengajian bidang teknikal berasaskan aplikasi dan amalan.
Pada masa ini UTeM beroperasi di tiga buah kampus iaitu di Kampus Induk, Kampus Bandar dan Kampus  Industri. Kampus Induk UTeM yang dikelilingi kehijauan alam sekitar dengan keluasan 766 ekar telah beroperasi sepenuhnya pada 2010 dengan kemudahan dan insfrastruktur yang lengkap untuk menjadi sebuah kampus kondusif. Ia berada hanya 3 minit dari Tol Ayer Keroh. Kampus Bandar pula terletak di tengah-tengah Bandar raya Melaka iaitu berhadapan dengan Hang Tuah Mall. Kampus Industri pulak aku tak ada lagi fakta mengenainya. Rujukan yang aku dapat hanya mengenai 2 kampus yang telah disebut. Kalau ada maklumat terkini aku akan update terus. ^^
UTeM mempunyai tujuh fakulti yang menawarkan program pengajian berasaskan kejuruteraan, ICT, teknologi dan pengurusan daripada peringkat diploma sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). Fakulti – fakulti tersebut adalah FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL, FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KEJURUTERAAN KOMPUTER, FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL, KEJURUTERAAN PEMBUATAN, KEJURUTERAAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN, TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI serta PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN TEKNOUSAHAWAN.
Dengan moto Kompetensi Teras Kegemilangan, UTeM komited untuk melahirkan modal insane yang berpengetahuan dan berilmu denim meningkatkan pembangunan masa depan Negara.
VISI
Menjadi university teknikal yang kreatif dan inovatif yang terkemuka di dunia.

MISI
 Melahirkan ahli professional yang bersahsiah murni, kompeten dan berketrampilan tinggi melalaui pendidikan university teknikal berkualiti dan bertaraf dunia berteraskan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan berorientasikan aplikasi dengan perkongsian pintar university-industri sejajar dengan aspirasi Negara.
Begitulah sedikit perihal mengenai u aku. Huhu. Bangga sangat-sangat dapat masuk UTeM ni. Banyak aktiviti yang telah dilakukan sepanjang MINGGU HALUAN SISWA disini. Antaranya : ceramah mengenai ptptn, ceramah integrity dan macam-macam lagi. Nak cerita memang banyak. Try tgklah dulu pictures yang sempat di snap ini.

Sunday, September 25, 2011

selamat hari raya

LIEYA MULA MENULIS-------->seSELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011
-          Sambutan tahun ini agak meriah. Memang meriah la rasanya. Aku dapatlah juga membuat beberapa jenis biskut. Tapi gambar banyak aku tak sempat snap sebab memang tak cukup tanganlah nak buat biskuit-biskut tu. Kalau cukup pun banyak tangan yang mengacau lah. Aku dengan mak aku la yang buatnya. Antaranya, biskut semperit,biskut cornflakes,biskut kacang,biskut almond London dan ada lah 2-3 jenis lagi. Memang niat aku dari dulu lagi nak buat sendiri biskut-biskut. Tapi dulu tak pernah kesampaian. Alhamdulillah tahun ini tercapai jugak lah. ^.^

RAYA PERTAMA
-          Aktiviti wajib tiap tahun,mestilah pack dan hantar biskut-biskut yang aku buat tu kepada nenek dan saudara-saudaraku yang terdekat. Memang adat orang melayu dah rasanya. Kemudian bersiap-siap dan pakai baju raya yang cantik-cantik. Tiap tahun, baju jenis pilihan aku adalah baju kurung biasa. Aku memang teringin nak pakai jenis yang lain. Tahun ini aku malas nak pening-pening sangat. Lagipun aku nak mendaftar masuk university nanti.
-          Hari pertama  adalah beberapa sahabat aku yang datang beraya. Mutia, niner dan aminuddin datang. Mereka memang orang-orang wajib da. Huhu.
-          Memang hari ni, hari yang tidak menang tangan lah nak melayan orang-orang. Kaum kerabat menyerbu rumah aku. Kesian mak aku penat melayan dorang. Aku adalah tolong-tolong sikit. Tolong ark an?? Hehe.

RAYA KEDUA
-          Masih ramai yang menyerbu. Kawan-kawan adik-adik aku antara yang tidak terkecuali. Sahabat-sahabat aku pizi datang hari ini. Dia orang wajib jugak. Memang ramai yang jadi orang wajib datang beraya rumah aku. Hihi. Dia bawa 1 kampung haa.. kui3.  Aku jugak la yang penat tapi berbaloi. Kawan-kawan lama kan. Selain Pizi, Amin jugak datang.

RAYA KETIGA
-          Huhu. Yang tersayang telah datang beraya. Jujur aku cakap dialah antara orang yang aku tunggu. Dengan berbaju purple Melayu dia datang membawa present untuk aku. Huhu. Thanks,dude. Sempat lah juga dia merasa biskut-biskut raya yang aku buat. Kalau tak, kempunanlah dia. Haha. Waktu malam ada jugak orang yang datang beraya, si Pian. Bekas anak muridku. Ahakss. Banyak main betul dia tu.

RAYA KEEMPAT
-          Asyik sahabat lelaki aku aje yang menyerbu. Kali ini, time geng perempuan aku pulak. Thanks Qema. Alang-alang dia datang dengan kereta, kamiorang beraya ke rumah cikgu Nuar,cikgu Dina dan Kimah.

RAYA KELIMA
-          Amer, sahabatku yang telah kehilangan sebelah deria matanya akibat kemalangan motosikal pada raya tahun lepas sempat datang jugak. Thanks amer. Akhirnya, tamatlah perayaan aidilitri tahun ini bagi aku.sebab esok., 4/9 @ raya ke-enam aku sudah akan berada di utem..~~~

·         Begitulah sedikit ringkasan tentang sambutan raya aku pada tahun ini. Alhamdulillah, semuanya telah merasa biskut yang first time aku buat tu..( ni la yang paling mustahaknya….hahaa)
p/s  : TERIMA KASI SEMUA KERANA SUDI DATANG BERAYA. SAHABAT SELAMANYA SEMUA…!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...