whos follow me

CHEREKA

Friday, September 30, 2011

UTEM TERBILANG

LIEYA MULA MENULIS-------->UNIVERSITI KESAYANGANKU. . UTeM. ..--> UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. IPTA TEKNIKAL PERTAMA DI MALAYSIA.
where the great technical careers begin
Pertama kali aku menjejak kaki ke u ini, tiada kata yang dapat menggambarkan keterkejutan aku. Memang beyond my expectation la. Huhu. Tahiniah utem sebab berjaya buat aku berasa kagum. Alhamdulillah. Memang indah suratan takdir yang telah ditetapkan untuk aku ini. Sebelum aku menceritakan dengan lebih lanjut apa yang berlaku selepas itu, marilah kita mengenali UTem ini dengan lebih dekat.


LATAR BELAKANG
Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM ) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2000 di bawah Seksyen 20 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. UTeM adalah IPTA yang ke 14 ditubuhkan di Malaysia dan merupakan university teknikal pertama di Malaysia. UTeM menjadi perintis kepada program pengajian bidang teknikal berasaskan aplikasi dan amalan.
Pada masa ini UTeM beroperasi di tiga buah kampus iaitu di Kampus Induk, Kampus Bandar dan Kampus  Industri. Kampus Induk UTeM yang dikelilingi kehijauan alam sekitar dengan keluasan 766 ekar telah beroperasi sepenuhnya pada 2010 dengan kemudahan dan insfrastruktur yang lengkap untuk menjadi sebuah kampus kondusif. Ia berada hanya 3 minit dari Tol Ayer Keroh. Kampus Bandar pula terletak di tengah-tengah Bandar raya Melaka iaitu berhadapan dengan Hang Tuah Mall. Kampus Industri pulak aku tak ada lagi fakta mengenainya. Rujukan yang aku dapat hanya mengenai 2 kampus yang telah disebut. Kalau ada maklumat terkini aku akan update terus. ^^
UTeM mempunyai tujuh fakulti yang menawarkan program pengajian berasaskan kejuruteraan, ICT, teknologi dan pengurusan daripada peringkat diploma sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). Fakulti – fakulti tersebut adalah FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL, FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KEJURUTERAAN KOMPUTER, FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL, KEJURUTERAAN PEMBUATAN, KEJURUTERAAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN, TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI serta PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN TEKNOUSAHAWAN.
Dengan moto Kompetensi Teras Kegemilangan, UTeM komited untuk melahirkan modal insane yang berpengetahuan dan berilmu denim meningkatkan pembangunan masa depan Negara.
VISI
Menjadi university teknikal yang kreatif dan inovatif yang terkemuka di dunia.

MISI
 Melahirkan ahli professional yang bersahsiah murni, kompeten dan berketrampilan tinggi melalaui pendidikan university teknikal berkualiti dan bertaraf dunia berteraskan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan berorientasikan aplikasi dengan perkongsian pintar university-industri sejajar dengan aspirasi Negara.
Begitulah sedikit perihal mengenai u aku. Huhu. Bangga sangat-sangat dapat masuk UTeM ni. Banyak aktiviti yang telah dilakukan sepanjang MINGGU HALUAN SISWA disini. Antaranya : ceramah mengenai ptptn, ceramah integrity dan macam-macam lagi. Nak cerita memang banyak. Try tgklah dulu pictures yang sempat di snap ini.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...