whos follow me

CHEREKA

Monday, August 1, 2011

sEbAgAi ReNuNgAn BeRsAmA


ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
1.       Mengutamakan kebersihan jiwa dengan menghindari sifta hasad dengki,riak,sombong dan takabbur, kerana ilmu adalah cahaya Allah dan Allah Taala mengurniakan cahayaNya kepada manusia yang kotor jiwanya.

2.       Meninggalkan aktiviti maksiat dan bercanggah dengan prnisip Islam serta menjauhi tempat-tempat maksiat kerana ia akan menumpulkan akal dan membantutkan kecerdasan berfikir serta menyuburkan budaya yang meruntuhkan pembudayaan ilmu dan kecemerlangan.


3.       Beradab dengan guru seperti merendah, mendahulukan ucapan salam kepada mereka, tidak mendahului guru ketika berjalan dan tidak menyampuk ketika guru berbicara serta tidak mengaibkannya. Ketika di belakangnya,janganlah sekali-kali mengeji dan mengumpatnya atau menyebarkan fitnah memburukkan mereka.

4.       Mengamalkan ilmu yang dipelajari untuk kebaikkan dan bukannya untuk jalan maksiat dan kemungkaran kerana ia akan menjamin kebahagiaan di akhirat kelak.


5.       Menyampaikan ilmu kepada orang lain dan menjadikan perbualan serta perbincangan harian diwarnai dengan bayangan ilmu pentahuan dan bukannya cakap kosong dan membuang masa.

6.       Menyintai setiap perkara yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan ,seperti sukakan aktiviti ilmiah, suka menhadiri kuliah dan ceramah, suka membaca, suak melakukan kajian-kajian ilmiah dan sentiasa menyanjung tinggi orang-orang yang berilmu dan selalu berdampingan dengan mereka.


7.       Sifat yang mesti ada pada orang yang berilmu ialah semakin tinggi kedudukan akdemiknya maka semakin merendah dirilah ia  dan bukan sebaliknya, seperti resmi padi, semakin  berisi semakin  tunduk.







 10 CIRI PERIBADI MUKMIN
  • *      AKIDAH YANG SEJAHTERA
  • *     IBADAH YANG SAHIH
  • *      AKHLAK YANG MULIA
  • *      AKAL YANG CERDAS
  • *      TUBUH BADAN YANG KUAT
  • *      MAMPU BERDIKARI
  • *      BERJAYA MENGURUS  MASA
  • *      TERATUR DALAM URUSANNYA
  • *      BERJIHAD MELAWAN HAWA NAFSU
  • *      BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...