whos follow me

CHEREKA

Monday, July 25, 2011

CERITA BOLA MALAYSIA


( dipetik daripada akhbar Kosmo! Khamis 14 July 2011)
MALAYSIA MUDAH DIBEDIL ARSENAL
Hajat skuad bola sepak kebangsaan mencipta kejutan ke atas Arsenal tidak kesampaian apabila tewas 0-4 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. ( 8.45 p.m 13/07/2011)
LAPORAN DAN GAMBAR SELANJUTNYA DI BAWAH :
MALAYSIA DIBEDIL
Skuad bola sepak gagal  mencipta kejutan apabila tewas 0-4 kepada Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional.
Tampil beraksi di hadapan 60,000 penonton skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K. Rajagopal ternyata gagal menyaingi kehebatan gergasi England itu.
Sebaliknya, skuad The Gunners mudah menguasai tempo sepanjang 90 minit perlawanana berlangsung.
Empat gol Arsenal masing-masing disumbangkan oleh Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Thomas Rosicky.

MALAYSIA TUMBANG DI TANGAN GUNNERS
Skuad bola sepak kebangsaan gagal  menewaskan kelab Liga Perdana England pada aksi persahabatan dengan tewas 0-4.
Di hadapan hampir 60,000 – 65,000 penonton yang majoritinya berjersi merah sambil dicelah-celah mereka terselit penyokong berjersi kuning, empat jaringan skuad  the Gunners itu dijaring oleh Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Thomas Rosicky.
                Tiada kelibat Robin Van Persie, Samir Nasri, Bacary Sagna dan Andrei Arshavin dalam kesebelasan  Arsenal sebaliknya, pengurus  the Gunners , Aresene Wenger membariskan Rio Miyaichi, Carl Jenkinson, Thomas Vermaelen dan Maruane Chamakh.
                Jurulatih kebangsaan pula meletakkan penjaga gol ketiga, Nasril Nordin dalam kesebelasan utama dan hanya memasukkan Khairul Fahmi Che Mat selepas rehat.
                Menerusi serangan pertama kea rah pintu gol Malaysia pada minit keempat, Arsenal berjaya memperoleh sepakan penalty setelah Aidil Zafuan Razak menjatuhkan Jack Wilshere.
                Romsey yang mengambil sepakan penalty itu mudah menewaskan Nasril untuk gol pertama Arsenal.
                Malaysia hanya melakukan serangan sulung pada minit kelapan, tetapi hantaran lintang Asraruddin Putra Omar mudah ditangkap Alex Song kea rah penjaga golnya, Wojciech Szczesny.
                Pada minit ke 24 stadium bergema seketika apabila sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim dari sebelah kanan hamper memerangkap Szczesny yang terpaksa melompat untuk menepis bola ke belakang.
                Namun kelekaan pertahanan Malaysia dihukum pada minit ke 36 apabila hantaran lintang Wilshere berjaya disudahkan dengan lambungan kemas oleh Walcott untuk kedudukan 2-0.
                Bermula babak kedua , Wenger melakukan lapan pertukaran sementara Rajagopal hanya memasukkan Khairul Fahmi dan Abdul Hadi Yahaya menggantikan Nasril dan Ahmad Fakri Sarani.
                Kehebatan Arsenal ternyata sukar dibendung apabila mereka berjaya memperoleh gol ketiga hasil penyudah kemas penyerang gentian, Vela pada minit ke 58.
Pada minit ke 67, Wenger mula melakukan empat pertukaran serentak memasukkan Van Persie, Nasri, Sagna dan Rashavin.
Arsenal melengkapkan malam gemilang mereka dengan gol keempat menerusi Rosicky pada minit ke 90.
               
RAJAGOPAL ANGGAP PENGAJARAN BERGUNA JUMPA ARSENAL
                “ Satu pengajaran berguna kepada kita .”
Demikian jelas jurulatih kebangsaan Malaysia, Datuk K, Rajagopal selepas emnyaksikan anak-anak buahnya tumbang 0-4 di tangan Arsenal.
Menurutnya, Rajagopal banyak perkara positif boleh diambil daripada kekalahan itu khusunya factor mentality dan keyakinan apabila berdepan sebuah pasukan berkelas dunia seperti Arsenal.
Namun , beliau juga sedar ketumpulan tindakan penyudah perlu diperbaiki dengankadar segera menjelang pertemuan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura.
“ Kita kalah kepada pasukan bertaraf dunia dalam satu perlawanan yang bagus. Jelas sekali menentang Arsenal adalah satu perlawanan di tahap yang berbeza.” Kata Rajagopal pada sidang media semalam.
“ Babak pertama, pemain kita ada cuba member tekanan, tetapi jaringan penalty pada awal permainan menjejaskan moral pemain.
“Tetapi pemain kita tidak putus asa, mereka tetap mengatur serangan terutamanya di sebelah kiri menerusi S. Kunalan, Cuma ketumpulan penyudah yang menjadi penghalang mendapatkan gol.
“ Apa pun ia satu pengajaran yang berguna kepada pemain, banyak perkara positif dapat diambil daripada kekalahan ini dan kelemahan jentera serangan  akan diperbaiki lagi sebelum menentang Singapura, “ tambah beliau lagi.
Sementara itu, pengurus The Gunners tetap memuji aksi barisan pemain Negara meskipun mengakui bahagian pertahanan Malaysia kurang berkesan.
“ Pemain Malaysia bergerak dengan baik di atas padang, bahagian pertahanan sangat teratur, Cuma pergerakan bola dari bawah ke jentera serangan agak kurang berkesan. Pemain pertahanan mereka juga sangat pantas dan banyak terlibat membantu gerakan. Apa pun, ia masih satu perlawanan yang bagus untuk mereka dan juga Arsenal dalam persiapan pra musim kami,” katanya.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...