whos follow me

CHEREKA

Saturday, July 30, 2011

LUAHAN HATI SEORANG ANAK



Mak..
Terlalu rindu rasanya duduk membilang hari.. Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, rasanya baru semalam mak peluk kita an, sejuk syahdu masih terasa lagi ni. Mak tahu tak.. itulah kali pertama mak peluk anak anak mak yang nakal seorang   ni sejak kita dewasa..dan itu juga terakhir kalinya..Emmm. rupanya mak da tau mak nak pergi jauh..nak tinggalkan anak-anak mak,nak tinggalkan dunia fana, mak macam da sedia. Seminggu sebelum itu, mak da menganyam tikar mengkuang 3 helai. Akak kata sampai pagi mak anyam tikar tu, tanpa rasa letih, tanpa rasa mengantuk, akak pun hairan dengan tingkah laku mak, mak tak pernah buat macam tu. Pastu mak pasang radio kat sebelah mak tapi mak tak sedar sebenarnya rancangan radio tu siaran Siam. Kadang-kadang siaran Indonesia, mak terus tetap menganyam. Rupanya tikar yang mak telah  siapkan tu digunakan untuk iringi mak ke kuburan. Pastu mak sapu sampah keliling rumah bersih-bersih, pastu mak jemur semua karpet, ubah sofa ke tempat lain, mak biarkan ruang tu kosong, rupanya kat situ jenazah mak diletakkan. Paling menarik sekali mak bagitahu kat mane mak letakkan duit dan barang kemas mak ada dalam almari,  dalam beg, dalam ASB, dalam Tabung Haji, mak cakap tak berapa cukup lagi, ada dalam gulung tikar, masa tu mak perasan tak?? Kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar, kita kata mak ni macam orang dulu-dulu. Ummm, bahagianya saat itu.
Mak..
Hari itu hari Sabtu, 14/05/2005 pada pukul 3.00 petang mak tiba-tiba sakit perut, bila malam tu kita sampai dari Gambang, mak da dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong,semua da pujuk mak, tapi mak tetap tak mahu pergi hospital dan cuma  tinggal giliran kita yang belum pujuk mak. Mak kata tak mahu duduk dalam hospital tapi kita berkeras jugak pujuk, kat hospital ada doktor ada ubat untuk mak, kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut-urutkan mak je, tapi mak tetap tak setuju. Mak degil tau, tak  salah anak mak yang seorang ni pun ikut perangai mak tu. Tapi akhirnya bila lihat keadaan mak yang teruk tu, mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit , kami adik-beradik sepakat juga bawa mak ke hospital. Ampunkan kami ya mak.


Mak..
Malam tu kita bawa mak ke hospital dan itulah kali pertama dan terakhir mak naik kereta kita. Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak bila kita cakap nak beli kereta. Mak asyik tanya duit kita cukup tak. Kita pun jawab “ kalau tak cukup,duit mak kan banyak.” Mak gelak je. Lepas tu bila kereta dah sampai, mak buat kenduri kesyukuran. Dan kita ingat lagi. Masa kita eksiden langgar pokok nak elak anak-anak ayam lintas jalan. Punyalah takut. Kita warning akak jangan bagitahu mak. Bila balik kampong kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj. Tapi mak perasan jugak bumper depan kereta tu kemek. Bila mak Tanya kenapa? Selamba je kita jawab terlanggar pasu bunga. Mak. Kita tipu mak. Tapi tujuan kita tak nak mak risau. Maafkan kita mak. Sampai mak pergi pun mak tak tahu hal sebenar. Mak. Kita tipu mak an? Maafkan kita.
Mak..
Jam 3.45 pagi 15/0/05
Bila tiba je kat hospital. Nurse tu tengah balut mak dengan kain putih. Mak mesti nampak kita jatuh terduduk kat lantai. Mesti mak rasa abang cium dahi mak. Mesti mak dengar akak baca doa untuk mak. Mesti mak nampak adik tak bergerak  kat sudut tu kan? Kan. Kan. Mak tahu tak,pagi tu balik dari hospital jam 3.35 pagi kita memandu dalam keadaan separuh sedar. Adik kat sebelah diam melayan perasaan. Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ni. Jalan di depan terasa kelam. Air mata tak mampu di tahan. Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan tu kita reda. Namun Alhamdulillah akhirnya kita sampai juga. Disebabkan pagi masih awal,jalan tu lengang. Kosong.sekosong hati ni. Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh tu lain benar. Terasa shahdu dan sayu. Dingin………..
Mak..
Kita masih ingat lagi. Kita baca al-quran kat tepi mak,temankan mak. Jam 11.00 pagi mak dimandikan. Anak-anak mak yang pangku mak masa nak mandi. Mak mesti rasa berapa lembutnya kami gosok badan mak. Kita gosok kaki mak perlahan-lahan. Mak perasan tak? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita. Makcik tu kata “ adik jangan nangis. Kalau sayang mak jangan buat macam tu.” Lagi laa laju air mata ni. Tapi kita kawal supaya tak menitis atas mak. Kita tak nak mak sakit.


Mak..
Sampai sini je kita tulis surat.  Kita nangis ni. Kita dalam bilik. Baru pukul 4.00 pagi. Tak ada orang bangun lagi. Kita dengar nasyid tajuk ‘anak soleh’,kita sedih. Kita rindu mak. Rindu mak sangat-sangat.!! Takpe. Nanti lepas Subuh kita baca Yassin untuk mak. Mak tunggu ya.
Mak..
Sebelum mak ditutup buat selama-lamanya. Semua anak mak kelilingi mak. Tatap wajah mak buat kali terakhir. Semua orang cakap mak macam senyum je. Mak rasa tak? Masa tu kita sentuh dahi mak. Dahi mak sejukkk sangat. Kita tak mampu nak cium dahi mak. Kita tak daya. Kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar.  Air mata kita tak boleh tahan. Mak. Mesti mak ingat abang jadi imam solat jenazah mak. Tapi masa baca doa,abang minta tolong tok imam bacakan doa sebab sebak. Jam 12.00 tengahari mak diusung keluar dari rumah. Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik. Badan akak panas. Amk, anak mak seorang tu dah demam. Mak tau. Cuma akak yang tak pergi ke tanah perkuburan.
Mak..
Hari-hari kita lalui tanpa kewujudan mak lagi.
Begitu terasa kehilangan mak. Boleh kata setiap hari lepas solat Maghrib anak mak  ni berendam air mata. Masa tu malam jumaat lepas Maghrib. Kita baca Yassin dengan kawan-kawan kat surau. Entah kenapa bila kat bilik kita keluarkan semua gambar-gambar mak. Pastu apalai. Semakin kita tenung semakin terasa sayu. Tangisan tak dapat ditahan lagi. Mak tau. Kita cuba tahan. Pujuk diri sendiri tapi tak juga reda. Kita selalu rasa nak telefon mak. Nak cakap dengan mak. Mak. Anak mak yang seorang ni da tak betul kan?? Akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong. Kita cakap ddengan akak. Puas la akak pujuk kita. Akak kata tak baik nangis je. Doa untuk mak. Nanti kalau macam ini je, mak yang susah. Tapi akhirnya akak nangis juga. Mungkin mak nampak adegan tu. Kata orang kalau malam Jumaat,roh balik rumah. Mengharap sedekah dari anak-anaknya. Mak tau tak? Di saat tu kerinduan terasa menusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni. Sampai sekarang kerinduan itu menjelma. Hanya sedekah
al-Fatihah yang mampu kita berikan.


Mak..
Cukuplah sampai sini dulu. Kawan kita dah ketuk pintu. Kejap lagi  kami nak pergi solat Subuh berjemaah kat surau. Selalunya kita pergi dengan mak sama-sama jalan kaki. Tapi sekarang kita pergi dengan kawan pula. Emmm.. esok kita kita ingat nak tulis surat untuk ayah pula. Mula-mula kita tak tau nak hantar surat ni kat mana. Pastu kawan kita bagitau simpan je buat kenangan. Kita tau alamat ni je. Mak takpe kan? Kita kasi orang basa surat ni. Kita berhenti dulu sebab kawan kita da lama sangat tunggu. Jutaan terima kasih kerana membesarkan kita. Beri kita kasih sayang dari  kecil sampai kita masuk sekolah. Sampai masuk university. Sampai kita boleh rasa naik kapal terbang. Boleh rasa tinggal kat luar Negara. Sampai akhhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas. Akhir kata, I LOVE YOU SO MUCH.
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...