whos follow me

CHEREKA

Sunday, July 31, 2011

PENGALAMAN MENGAJAR..


Kita takkan tahu apa yang akan berlaku dalam hidup kita 1 saat dari sekarang. Kita juga takkan tahu apa yang telah tertulis untuk kita hari esok. Semuanya sudah ditetapkan. Semuanya sudah tertulis sejak azali lagi. Jadi,apa yang kita perlu buat adalah hidup seadanya. Terimanya dengan redha. Setiap yang berlaku untuk kita pasti ada sebabnya. Baik dan buruk itu adalah untuk kita juga.

Itulah yang aku pegang selama 19 tahun aku hidup. Aku takkan tahu apa yang akan berlaku pada diri aku 10 tahun dari sekarang. Adakah aku akan jadi seorang jurutera seperti yang aku idamkan? Adakah aku akan tetap bersama si dia yang aku kenal sekarang? Aku takkan tahu sehingga aku laluinya 10 tahun lagi. Walau apapun yang berlaku hidup mesti diteruskan. Itu prinsip diri aku, aku takkan mengalah sehingga aku benar-benar pasti aku telah tewas. Kemudian,aku akan berserah.

Aku tak percaya dalam hidup aku,aku telah mencapai tahap sekarang. Aku kini dapat berfikir seperti orang yang matang sebab memang aku telah matang. Itu realitinya. Kalau dulu,aku buat sesuatu benda itu kerana aku seronok. Sekarang,aku lebih berfikir dalam melakukan sesuatu itu. Aku akan fikir apa kesannya terhadap aku,keluarga aku dan orang sekeliling aku. Aku kini bukan lagi ALIA FARHANA yang akan menangis apabila terjatuh, tapi ALIA FARHANA yang akan bangkit semula jika jatuh dan mulakannya sekali lagi.

Pengalaman betul-betul cikgu terbaik. Dalam hidup aku,aku dah rasa perit untuk belajar. Kemiskinan keluarga aku suatu masa dulu aku telah dapat atasi dengan belajar bersungguh-sungguh. Usaha aku berbaloi. Betullah kata orang tua, rezeki anak kita takkan tahu. Mungkin rezeki aku dan adik-adik aku. Kami kini sudah dapat tinggal di sebuah rumah yang begitu cantik. Yang begitu selesa daripada hidup berpindah-randah dahulu. Aku kini selangkah sahaja lagi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Aku sedang menunggu panggilan belajar ke peringkat ijazah sarjana muda. insyaAllah. Aku berdoa rezeki kami sekeluarga akan sentiasa diberkati. Aku juga pernah berasa perit untuk bercinta. Tipulah kalau aku tak pernah menyesal,tak pernah  menangis kerana lelaki. Bukan seorang,dua tetapi lebih daripada itu. Mungkin kerana aku terlalu mentah untuk memahami cinta ketika itu. Cinta adalah sesuatu pinjaman untuk kita yang telah Allah berikan tanpa kita mengetahui bila akan diambil balik.tetapi yang pasti CINTA KEPADA ALLAH TAKKAN PERNAH MEMBUAT KITA MENYESAL. Cinta juga telah mengajar aku bersabar. Aku telah banyak bersabar kerana cinta terhadap manusia telah mengajarku bagaimana untuk kuat dalam menempuh hidup. Dan aku rasa kesabaran aku itu telah berhasil kerana sekarang aku sudah berjumpa seorang yang bakal menjadi suamiku,harapnya begitulah. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...