whos follow me

CHEREKA

Monday, July 25, 2011

SELULIT _RAWATANNYA_??


SELULIT MEMBANTUTKAN KEYAKINAN WANITA
Selulit boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kiralah bagi individu yang bertubuh kurus atau gemuk. Ia merupakan sekumpulan lemak yang terperangkap di bawah lapisan kulit. Semua orang memiliki lapisan tisu lemak di bawah lapisan kulit yang bertindaj sebagai kusyen melindungi pelanggarn ( bumps), member rasa selesa dan memberi kita ‘ kelembutan ‘ yang berkaitan sifat kewanitaan.
Makan makanan berkalori secara berlebihan adalah punca utama pembentukan selulit. Diet dan senaman boleh membuang lemak tetapi bukan lemak yang tersimpan dalam lapisan dalam. Secara purata, wanita lebih banyak menyimpan lemak dip aha, punggung dan paha. Manakala, bagi lelaki lebih tertumpu pada bahagian perut dan dada.
Sebelum kita mencari jalan menghilangkan selulit ini, kenali dahulu penyebab kemunculan selulit ini.
1)      HORMON – Selulit mempunyai hubung kait yang rapat dengan hormon  estrogen yang terdapat dalm tubuh wanita. Hormon  ini mampu menahan air dan menjadi punca munculnya selulit.
2)      MENU MAKANAN – Kesuntukan masa sering membuatkan kita menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Makanan yang mengandungi bahan pengawet dan perasa tambahan ini boleh mengganggu fungsi tubuh. Jika sering menjadikan makanan  segera sebagai pilihan, selulit akan muncul walaupun anda bertubuh kurus.
3)      SISTEM PENCERNAAN – Sistem pencernaan yang bermasalah juga menjadi punca munculnya selulit. Oleh itu, anda dinasihatkan agar minum lebih banyak air putih, bersenam dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran.
4)      TEKANAN – Tekanan tidak kiralah melibatkan mental atau fizikal juga boleh mempengaruhi proses dalaman tubuh. Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan pengumpulan lemak dalam tubuh.
5)      DIET YANG SALAH – Berat badan yang sering naik dan turun juga boleh menyebabkan selulit. Ia selalu dikaitkan dengan diet yoyo. Justeru ,pastikan program diet yang anda jalankan berterusan dan dilakukan dengan konsisten.
Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengatasi terjadinya selulit :
1)      MAKAN MAKANAN SEGAR – Jadikan makanan segar seperti jenis organic sebagai pilihan. Berbanding makanan segera, makanan ini sememangnya bebas daripada bahan kimia, perasa atau pengawet tiruan.
2)      MAKANAN BERPROTEIN – Pastikan protein yang masuk ke dalam tubuh anda memadai dengan keperluan tubuh. Jika anda seorang vegetarian, pastikan anda mengambil makanan tambahan bagi menggantikan sumber makanan berprotein yang tidak diambil.
3)      KURANG LEMAK DAN MANIS –Kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan manis. Makanan seperti ini akan menyebabkan lemak lebih mudah tersimpan dalam tubuh.
4)      MAKAN SECARA TERATUR – Makan mengikut jadual sekurang-kurangnya tiga kali sehari secara teratur. Ini bagi memudahkan system pencernaan tubuh berfungsi dengan baik dan teratur.
5)      MINUM AIR PUTIH – Kurangkan minum air manis atau berkarbonat, sebaliknya lebihkan minum air putih lapan gelas sehari. Air putih boleh membantu organ di dalam tubuh berfungsi dengan baik.
6)      BERSENAM – Selain menjaga pemakanan dan diet, lakukan senaman secara teratur bagi mengeluarkan peluh. Lakukan juga regangan pada setiap hari agar tubuh lebih segar dan cergas.
7)      BERTENANG – Berfikiran positif akan membantu kita menjalani hidup dengan aktif dan sihat. Carilah ketenangan dengan bercuti, beriadah, bergurau atau mendengar lagu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...